- Memastikan semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah.
- Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.
- Mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar.
- Menghormati murid-murid seperti manuasia biasa. Layanan baik yang diberikan akan merapatkan hubungan guru dan murid.
- Memberi perhatian terhadap perbezaan individu.
- Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan dengan baik. Perasaan Berjaya dan diiktirafkan akan mengurangkan masalah disiplin.
- Bersifat adil, tegas dan tekal ketika menyelesaikan masalah disiplin. Guru tidak harus menggunakan ugutan.
- Berjenaka pada masa yang sesuai.
- Teknik pengajaran yang berpusatkan guru perlu berubahkepada teknik berpusatkan murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah menarik minat serta menyeronokkan mereka.
- Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah sesuai dengan kebolehan murid-murid, tidak terlalu susah sehingga dengga mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar langsung.
- Penggunaan alat bantu mengajar perlu digiatkan oleh guru.
- Bilangan pelajar harus dikekalkan kepada 35 orang dalam satu kelas.
- Aras aspirasi bagi setiap murid perlulah realistik. Murid-murid berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid-murid agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukan dengan murid-murid yang lain.
- Hukuman dera tidak seharusnya digunakan.
- Cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid. Sesi kaunseling harus dijalankan.
- Keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai patut diwujudkan.