Buku Pengurusan Khas Stok Buku SPBT 2017 Berserta Contoh Pengisian

Buku Pengurusan Khas Stok Buku SPBT 2017 Berserta Contoh Pengisian
Buku Pengurusan Khas Stok Buku SPBT 2017 Berserta Contoh Pengisian
Assalamualaikum.

SPBT atau Skim Pinjaman Buku Teks adalah satu skim pinjaman yang sangat membantu murid.
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT 1.

Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan keluarga.

Antara objektif SPBT ialah memastikan murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi. dan memastikan pengurusan serta pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik. Selain itu, SPBT juga bertujuan utnuk memastikan murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.

Download :


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan. Jangan lupa semua untuk share dan sertai Telegram SGO.

Exclusive Untuk Ibu Bapa, Guru dan Murid Sertai Kami

Buku Pengurusan Khas Stok Buku SPBT 2017 Berserta Contoh Pengisian
4/ 5
Oleh