Buku Pengurusan Kantin Sekolah 2017 Lengkap Pelbagai Format Surat, Prosedur dan Perjanjian

Buku Pengurusan Kantin Sekolah 2017 Lengkap Pelbagai Format Surat, Prosedur dan Perjanjian
Buku Pengurusan Kantin Sekolah 2017 Lengkap Pelbagai Format Surat, Prosedur dan Perjanjian 
Assalamualaikum.


Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dengan tahap pengurusan kantin sekolah dan berusaha meningkatkan kualiti pengurusan dn perkhismatan dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana kantin sekolah merupakan sumber utama bagi murid mendapatkan keperluan makanan semasa mereka berada di sekolah. Justeru itu adalah sangat penting bahan-bahan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa selamat dimakan, bersih dan berkhasiat. Konsep makanan seimbang yang berkualiti dan mengenyangkan perlu diutamakan. Selain daripada mutu makanan itu sendiri, faktor kebersihan dan suasana kantin yang ceria perlu dititikberatkan.

Peranan Jawatankuasa Kantin di semua peringkat adalah amat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan garis panduan ini. Pihak Pengurusan sekolah akan memastikan segala proses prosedur berkaitan perjanjian, kontrak dan memorandum persefahaman dipatuhi, sementara pihak pengusaha kantin pula dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pengusaha kantin sekolah yang cemerlang. Ini adalah kerana tujuan utama mengadakan kantin di sekolah adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid bagi kepetingan tumbesaran dan perkembangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial semasa mereka berada di sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan pengusaha kantin bagi memastikan hanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan sahaja dijual di kantin sekolah. Pengurusan sesebuah kantin sekolah adalah merupakan tanggungjawab bersama Pengetua atau Guru Besar, Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) dan pengusaha kantin. Pihak sekolah hendaklah menyelia keadaan kantin dengan rapi bagi memastikan penyelenggaraan dan kemudahan-kemudahan kantin sentiasa terkawal. Untuk menyelaraskan tanggungjawab tersebut sesebuah jawatankuasa kantin sekolah hendaklah ditubuhkan.

PERANAN JAWATANKUASA ini ialah ; membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin. menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan daripada pihak murid, guru, staf sokongan, ibu bapa kepada Pengetua atau guru Besar tentang pengurusan kantin. menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin. memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik.

PENYATAAN DASAR
Pengurusan Kantin Sekolah harus dilaksanakan secara berterusan dan cekap. Dasar pengurusan kantin sekolah yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini adalah berpandukan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti:

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1967 : Panduan untukKesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah. K.P.8614/B/3/(2) 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1981: Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-Kantin Sekolah untuk murid-murid yang berbilang agama. K.P. 8786-39(41). 
  • Surat pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983: Kantin Sekolah. KP 8591/Jld.ll(1) 
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/98: Menjaga kesihatan pelajar di sekolah, (BS)8591/Jld.XIV(6). 
  • Surat Pekeliling : Penurunan kuasa MenandatanganiKerajaan dan pelantikan Jawatankuasa Sebut Harga. KP(S)10102/14/012(69). 
  • Surat Pekeliling 18 Ogos 2008 : Pelantikan Sebut Harga Di Sekolah- Sekolah Bukan Pusat tanggungjawab (PTJ). KPAK SEK/500-5 (18) 
  • Surat pekeliling 19 Sept 2008: Penurunan Kuasa Menandatangani Kontrak Bagi Sekolah-Sekolah Bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ). Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2008. 


TUJUAN 

Memastikan segala prosedur berkaitan pengurusan kantin sekolah berjalan dengan cekap berpandukan arahan-arahan yang disediakan oleh pihak Kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa tempatan. Pengusaha kantin pula dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pengusaha kantin sekolah yang cemerlang.


PELAKSANAAN DASAR 

Berpandukan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2008

KAEDAH PELAKSANAAN 

Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan aspek-aspek pengurusan kantin sekolah dipatuhi: i. Pematuhan perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dilaksanakan mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan. ii. Mewajibkan setiap pengusaha kantin sekolah menyediakan laporan harian pemeriksaan kendiri kantin sendiri sebagai penarafan kendiri pemeriksaan kantin sekolah. 

Kriteria Pelaksanaan: 
1. Penyediaan Perolehan Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah. 
i. Menyediakan sebut harga
ii. Penubuhan Jawatankuasa Pembuka Peti sebut Harga 
iii. Jawatankuasa Sebut Harga 
iv. Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin sekolah 

2. Pihak pengurusan kantin sekolah akan memastikan segala proses prosedur berdasarkan kepada elemen berikut: 
i. Bangunan dan kemudahan kantin sekolah 
ii. Pengendali makanan 
iii. Makanan dan minuman
iv. Kawalan kebersihan dan keselamatan kantin v. Pengurusan kantin sekolah


Download : 


Terima kasih. Teruskan bersama SGO. Jangan lupa untuk join Telegram SGO.

Exclusive Untuk Ibu Bapa, Guru dan Murid Sertai Kami

Buku Pengurusan Kantin Sekolah 2017 Lengkap Pelbagai Format Surat, Prosedur dan Perjanjian
4/ 5
Oleh