Telegram Nota & Soalan

Terbaru! Syarat Kemasukan ke Sekolah Asrama Penuh & MRSM Tahun 2017 di TUKAR Gara-gara Keputusan UPSR 2016

Terbaru! Syarat Kemasukan ke Sekolah Asrama Penuh & MRSM Tahun 2017 di TUKAR Gara-gara Keputusan UPSR 2016
Terbaru! Syarat Kemasukan ke Sekolah Asrama Penuh & MRSM Tahun 2017 di TUKAR Gara-gara Keputusan UPSR 2016

Selepas keputusan UPSR 2016 diumumkan dan analisis UPSR 2016 menunjukkan berlaku satu fenomena yang besar dalam sistem pendidikan rendah di Malaysia dimana jumlah pelajar yang mencapai keputusan cemerlang semua A hanyalah 1.11% sahaja seperti dibawah.

Kedah: 280 / 31,976 
Perak: 363 / 34,713
Selangor :  1,025 / 87,229
Sarawak: 284 / 41,380
Pahang: 296 / 23,351
Perlis: 45 / 3,805
Terengganu: 271 / 20,341
Pulau Pinang: 399 / 22,215
Sabah: 187 / 43,661
Kelantan : 302 / 30,000
Johor : 671 / 54,678
Negeri 9 : 247 / 16,839
Melaka : 157 / 13,261

Peringkat kebangsaan 1.11% sahaja dapat 6A

Keputusan yang mengejutkan ini bermakna kemasukan ke MRSM dan SBP Tahun 2017 perlu diubah.

Syarat Terbaru Ke MRSM & SBP 2017

Berikut dikongsikan syarat baru dan insyaAllah jika ada update akan admin cuba kongsikan disini. InsyaAllah.

Syarat Kelayakan Baru Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2017

Untuk Sekolah Berasrama Penuh, syarat minimun adalah 3A dan 3B. Mahupun begitu, pemilihan ini tidak bergantung kepada UPSR semata mata, malah mengambil kira markah PAJSK, Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Psikometrik. Oleh itu, bagi murid 6A yang pernah mewakili peringkat tertinggi pastinya mendapat peluang yang lebih cerah.

Bagi memohon ke Sekolah Berasrama Penuh, boleh rujuk di bawah. Buat masa ini ditutup.

Syarat Minima ke SBP 2017


  • 3A 3B


Syarat Kelayakan Baru Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara MRSM 2017


Bagi permohonan ke MRSM, belum dinyatakan dengan jelas berkenaan dengan syarat minimun. Namun, pihak MARA mengutamakan murid 6A dan dari mereka yang berpendapatan rendah. Rujuk kenyataan ini.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat MARA, Nor Hashimi Mahat, pihak MARA akan mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan syarat ini sebaik sahaja perkara dimuktamadkan dalam waktu terdekat.“Bagi kemasukan pelajar baharu Tingkatan Satu sesi 2017, sebanyak 7,500 tempat disediakan di 48 buah MRSM seluruh Malaysia dengan memfokuskan kepada kelahiran insan cemerlang yang holistik dan berintegriti kepada negara melalui sistem pendidikan menengah berteraskan ilmu, teknologi serta nilai-nilai keusahawanan,” katanya.Pada kebiasaannya, syarat utama kelayakan kemasukan ini adalah mendapat keputusan 6A pada peperiksaan UPSR dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah.Sementara itu, beliau turut memaklumkan permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu secara online turut dibuka semula selama tiga (3) hari bermula 18 hingga 20 November 2016 untuk memberi laluan kepada permohonan baharu serta pengemaskinian maklumat kepada mereka yang telah memohon. 

 Permohonan ke MRSM di bawah ini.

 

Syarat Minima ke MRSM 2017

  • Belum update

Kesimpulan



Pesanan kepada ibubapa dan penjaga, mohon sahaja dahulu di MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh, mana tahu salah satu akan menjadi rezeki anak-anak anda.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sistemguruonline

Related Posts

Terbaru! Syarat Kemasukan ke Sekolah Asrama Penuh & MRSM Tahun 2017 di TUKAR Gara-gara Keputusan UPSR 2016
4/ 5
Oleh