Telegram Nota & Soalan

MENGEJUTKAN Tanda Masalah Pendengaran Kalangan Anak di Sekolah Rendah Mungkin Ramai Ibubapa Terlepas Pandang

Tanda-tanda Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah
Tanda-tanda Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah

Tanda-tanda Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah

Sepertinya ramai yang tahu bahawa pendengaran adalah aset penting buat kita semua termasuklah anak-anak kita yang masih kecil. Namun begitu, bagi anak-anak yang masih kecil adalah mustahil atau sukar untuk mereka menyatakan bahawa mereka mengalami masalah pendengaran melainkan kita sebagai orang dewasa yang perlu mengetahui tanda-tanda bahawa mereka mempunyai masalah pendengarna atau tidak.

Oleh sebab itu, admin terpanggil hari ini untuk berkongsi satu tajuk yang penting iaitu tanda-tanda masalah pendengaran dialam kalangan kanak-kanak. Berikut kami kongsikan penulisan seorang doktor iaitu Dr MuhammadRizalMarsudin.

Tanda-tanda Masalah Pendengaran

Nak tau tak? Dalam dua tahun penglibatan saya dalam Ujian Saringan Pendengaran dalam kalangan pelajar sekolah rendah, kebanyakan kes yang saya terima lebih kepada pengabaian atau ketidakperihatinan ibubapa sendiri tentang masalah pendengaran (atau masalah berkaitan telinga) terhadap anak-anak mereka.

Kadang-kadang saya sendiri tak faham apabila ada anak-anak pelajar mengadu ada cecair busuk keluar dari dalam telinga mereka tetapi ibubapa tidak mengendahkannnya. Kalau masalah sebesar ini pun tidak diendahkan, agak-agak kalau sekadar complaint telinga kurang dengar, ibubapa nak amik peduli tak? Tepuk dada tanya ilmu.

Kalau betul-betul malas pun nak amik port soal kesihatan pendengaran dan telinga dalam kalangan anak-anak anda, cuba ambil berat sikit tentang tanda-tanda atau gejala-gejala yang barangkali berpunca daripada masalah pendengaran atau masalah berkaitan telinga itu sendiri. Dan saya khususkan ia kepada masalah-masalah yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil terutamanya di peringkat sekolah rendah.
  • Pertama, seperti diawalnya tadi, kalau dah nampak ada cecair keluar dari dalam telinga, anak anda mungkin mempunyai ‘jangkitan’ dalam telinga. 
  • Kedua, anak anda tidak atau kurang bertindakbalas kepada panggilan nama atau arahan yang diberikan. 
  • Ketiga, anak anda kurang memberi perhatian dalam kelas di sekolah.
  • Keempat, kurang melibatkan diri dalam aktiviti dan interaksi sosial dengan rakan sebaya. 
  • Kelima, pencapaian akademik yang kurang memuaskan, merosot atau lembam. 
  • Keenam, selalu berkhayal dan menyendiri. 
  • Ketujuh, tidak atau kurang respons terhadap bunyi kuat atau menonton tv atau dengar radio dengan volume yang kuat. 
  • Kelapan, kemampuan pertuturan di luar norma kanak-kanak biasa. 
  • Kesembilan, perlu memanggil berulang kali untuk mendapatkan respons mereka. 
  • Dan yang terakhir, kerap mengadu kurang pendengaran.


Barangkali 10 gejala ini hanyalah panduan awal. Saya menyarankan kepada ibubapa untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut jika anak anda mempunyai gejala-gejala seperti yang dinyatakan.

‘Anda akan putus hubungan dengan benda jika anda hilang penglihatan tetapi anda akan putus hubungan dengan manusia jika anda hilang pendengaran’. (Hellen Keller)

#BetterEducationBetterHearing

MuhammadRizalMarsudin
Klinikal Audiologist
Hospital Tawau

Related Posts

MENGEJUTKAN Tanda Masalah Pendengaran Kalangan Anak di Sekolah Rendah Mungkin Ramai Ibubapa Terlepas Pandang
4/ 5
Oleh