Telegram Nota & Soalan

Analisis UPSR 2016 Pencapaian Seluruh Negara Bagi A Semua Mata Pelajaran (6A)

Analisis UPSR 2016 Pencapaian Menurun Seluruh Negara Bagi A Semua Mata Pelajaran (6A)
Analisis UPSR 2016 Pencapaian Menurun Seluruh Negara Bagi A Semua Mata Pelajaran (6A)
Assalamualaikum.

Pastinya hari ini ramai ibubapa, guru-guru dan murid-murid tahun 6 yang menerima keputusan UPSR 2016 mereka berasa terkejut dengan pencapaian UPSR 2016. Kenapa tidak, analisis UPSR 2016 menunjukkan bahawa berlaku penurunan yang mendadak dalam pencapaian A semua mata pelajaran.

Persoalan pertama yang timbul di dalam kepala ramai orang mungkin adalah, adakah berlaku penurunan pencapaian UPSR 2016 kerana berlakunya format baru UPSR 2016 pada tahun ini yang mana dari 5A, berubah kepada 6A?

Sebelum makin banyak soalan di fikirkan, mari kita lihat dahulu analisis pencapaian UPSR 2016.

Analisis Pencapaian UPSR 2016 Seluruh Negeri di Malaysia


DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77.

DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85.

DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.

DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil.

DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A.

DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 6A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29.

DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus.

DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.

DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini.

DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.


Bilangan 6A UPSR Mengikut Negeri

Kedah: 280 / 31,976 
Perak: 363 / 34,713
Selangor :  1,025 / 87,229
Sarawak: 284 / 41,380
Pahang: 296 / 23,351
Perlis: 45 / 3,805
Terengganu: 271 / 20,341
Pulau Pinang: 399 / 22,215
Sabah: 187 / 43,661
Kelantan : 302 / 30,000
Johor : 671 / 54,678
Negeri 9 : 247 / 16,839
Melaka : 157 / 13,261

Peringkat kebangsaan 1.11% sahaja dapat 6A

Analisis UPSR 2016 Pencapaian Seluruh Negara Bagi A Semua Mata Pelajaran (6A)
Analisis UPSR 2016 Pencapaian Seluruh Negara Bagi A Semua Mata Pelajaran (6A)


Analisis Perbandingan Pencapaian UPSR 2016 dengan 2015 dan 2014


Analisis Keputusan UPSR 2014

  • Ada 460 000 pelajar.
  • Dapat semua A = 36,304

Analisis Keputusan UPSR 2015

  • Ada 443 000 pelajar.
  • Dapat semua A  = 38,344

Analisis Keputusan UPSR 2016

  • Ada 440 000 pelajar. 
  • Dapat semua A  = 4,866

Jadi, apa kata anda? Setuju bahawa UPSR di Mansuhkan?

Related Posts

Analisis UPSR 2016 Pencapaian Seluruh Negara Bagi A Semua Mata Pelajaran (6A)
4/ 5
Oleh