Telegram Nota & Soalan

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus Turun Harga Selepas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Keluarkan. Berikut Harga Terbaru

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus Turun Harga

Pada pengamatan saya, harga turun ini adalah standard. Setiap kali iDevice baharu ( Spec dan Harga Terbaru iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ) diperkenalkan, iDevice lama akan diturunkan harganya. Mungkin nampak mendadak kerana base model telah ditukar daripada 16GB kepada 32GB. 

Untuk iPhone memang ianya suatu kelaziman. iPhone 6S 32GB akan mengambil alih harga iPhone 6 16GB(yang telah dihentikan pengeluarannya) lagipun prestasi kadar penukaran wang kepada US Dollar lebih kukuh berbanding tahun lepas. Jadi Apple lebih berani untuk meletakkan harga semurah ini.

Sebelum iPhone 6S, Malaysia ialah antara negara yang termurah dari segi harga jualan iPhone. Malah lebih murah berbanding Singapura. Tetapi apabila krisis mata wang berlaku tahun lepas, Malaysia tidak lagi menjadi antara negara yang termurah. Akibatnya, iPhone 6S dijual dengan harga lebih mahal, iPhone 6 pula dinaikkan harga.

Sejak beberapa bulan lepas sehingga sekarang, kadar mata wang negara kembali kukuh pada kadar 1 USD = RM4 (plus minus) dan ianya sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan Apple untuk menyediakan kembali harga iPhone kepada harga yang murah

Ingat, waktu dulu, iPhone 6 mula dijual dengan harga RM2,399 . Harga yang sama dengan pemulaan harga bagi iPhone 5S.
Kredit : Muhammad Nazrin Mahdhar 

Harga Terbaru & Harga Sebelum

iPhone6s turun harga
32GB - RM2699
128GB - RM3199
Sebelum ni:
16GB - RM3199
64GB - RM3699
128GB - RM4199

iPhone 6s Plus juga turun.
32GB - RM3199
128GB - RM3699
Sebelum ni:
16GB - RM3699
64GB - RM4199
128GB - RM4699

Oh ya, iPhone 6s/6s Plus kini mula dijual bermula dengan kapasiti 32GB untuk model asas dengan 128GB sahaja. Hanya 2 kapasiti di pasaran.

Related Posts

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus Turun Harga Selepas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Keluarkan. Berikut Harga Terbaru
4/ 5
Oleh