Telegram Nota & Soalan

Tips Hadapi eg-Tukar Persediaan Awal Sila Buat Terus Seperti Cadangan Ini InsyaAllah Agar Mudah Kemudian Hari

Tips Hadapi eg-Tukar Persediaan Awal Sila Buat Terus Seperti Cadangan Ini InsyaAllah Agar Mudah Kemudian Hari
Tips Hadapi eg-Tukar Persediaan Awal Sila Buat Terus Seperti Cadangan Ini InsyaAllah Agar Mudah Kemudian Hari
Assalamualaikum.

 Permohonan eg-Tukar Sesi Januari 2017 dibuka

Sekali lagi para guru yang ingin bertukar sama ada balik kampung, mengikut isteri atau suami, atau apa sahaja niat akan menaruh setinggi-tinggi harapan supaya permohonan kali ini berjaya. Admin juga mendoakan kejayaan kepada semua guru yang mengisi eg-tukar kali ini supaya ada yang mendapat keputusan yang menggembirakan.

Sebelum admin kongsikan sedikit persediaan menghadapi eg-tukar 2017 ini, admin menjemput semua guru untuk sama-sama join telegram SGO dibawah.

[ Tekan icon telegram untuk join ] 




Kenyataan Rasmi Permohonan Pertukaran Guru Sesi 2017 dibuka Mulai 1 hingga 30 September 


Terkini PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2017PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JANUARI 2017 UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED) DIBUKA MULAI 01 HINGGA 30 SEPTEMBER 2016.



Persediaan eg-Tukar 

Secara mudahnya, admin bahagikan persediaan ini kepada 2 iaitu sebelum dan selepas. Namun kedua-dua persediaan ini kita boleh lakukan terus sekaligus yang mana itulah tujuan utama admin iaitu MEMUDAHKAN URUSAN SEBELUM MENGHANTAR BORANG EG-TUKAR dan URUSAN RAYUAN SELEPAS KEPUTUSAN EG-TUKAR KELUAR JIKA GAGAL.

Ya, mari admin bantu insyaAllah.


A) PERSEDIAAN SEBELUM HANTAR BORANG

1. Kemaskini e-operasi.
    - InsyaAllah yang ini rasanya semua sudah selesai jadi boleh abaikan.

2. Isi borang eg-tukar di https://epgo.moe.gov.my
    - Tips untuk isi rasanya semua sudah tahu seperti nyatakan masalah dihadapi sama ada berjauhan dengan suami/isteri, masalah kesihatan, dan lain-lain lagi.
    - Tips lain seperti menulis ayat puitis, ayat sedih atau apa sahaja itu admin serahkan sahaja kepada anda. Apa yang anda rasa patut tulis, dipersilakan tulis dengan penuh hikmah dan betul. 
    - Kali ini katanya suami isteri atau dipanggil "DUKA LARA" mungkin dititik beratkan.
    - SILA TAKE NOTE (catatkan No. Permohonan E-Gtukar ) anda. Untuk tujuan rayuan nanti.

3. Jangan lupa dokumen sokongan di upload ( scan kepada image atau pdf ) dan dikepilkan bersama borang untuk dihantar nanti.
    - Surat Izin Suami
    - Pengesahan tempat kerja Suami/Isteri
    - Surat Nikah
    - Surat Doktor
    - (Jika Dokumen Tersebut Berkaitan)
    - Semua ini perlu pengesahan salinan dari pentadbir.

4. Hantar borang + dokumen-dokumen yang sudah disahkan pada awal waktu.
    - Elakkan kerja last minute.

5. Banyakkan berdoa dan solat hajat. InsyaAlah.


A) PERSEDIAAN RAYUAN SELEPAS GAGAL EG-TUKAR

1. Jangan bersedih. Anda berhak sedih, namun berpada-pada jangan suka luahkan perasaan dalam Facebook kerana takut tersalah tulis dan takut dikatakan tidak percaya pada qada & qadar.
    - Tumpukan perhatian kepada rayuan. Jangan sampai terlalu bersedih hingga waktu rayuan yang SINGKAT itu berlalu begitu sahaja. Ambil positif dimana ada sahaja yang berjaya dalam proses rayuan! InsyaAllah anda salah seorang.

2. Tulis surat rayuan & hantarkan kepada senarai berikut.
    - Tukar ikut kesesuaian dan hantar kepada 5 alamat berikut.
       a) PPD sekarang.
       b) PPD dipohon.
       c) JPN sekarang.
       d) JPN dipohon.
       e) KPM Putrajaya.
     - Kepilkan kesemua dokumen yang diupload semasa isi eg tukar dahulu.

3. Hantar borang + dokumen-dokumen yang sudah disahkan pada kadar segera selepas tahu keputusan gagal berpindah..
    - Elakkan kerja last minute.

4. Banyakkan berdoa dan solat hajat. InsyaAlah.


 Kesimpulan Dokumen yang PERLU untuk eg-Tukar 

Ok insyaAllah bagi memudahkan kerja, iaitu sekali buat terus insyaAllah kita siapkan terus untuk rayuan egtukar. Kenapa? Supaya tidak terlambat dan tidak pening terutama bab dokumen dan nombor permohonan egukar

1. Salinan Borang Eg-Tukar 
 10 salinan ( Permohonan + Rayuan )

2. Salinan Dokumen-dokumen yang wajib (berbeza ikut individu ) 
 10 salinan setiap dokumen ( Permohonan + Rayuan ) Siap disahkan.

3. Surat Rayuan Gagal eg-Tukar
 2 Salinan setiap satu surat. 2 x 5 = 10. ( Rayuan ). 

Itu sahaja insyaAllah. Siapkan seawal mungkin kesemua diatas. Senang tidak perlu tunggu last minit.

Perkongsian dari Cikgu Muhamad Akmal di Facebook.

Assalamualaikum. sedikit perkongsian buat sahabat guru yang berhasrat untuk mengisi EG-Tukar. Boleh kongsikan kepada rakan guru yang lain.
Tadi saya hubungi PPD di Negeri Sembilan. Tanya berkenaan proses untuk mohon pertukaran dari Sarawak ke sebuah daerah di Negeri Sembilan. Pegawai di PPD tersebut memberitahu, terdapat beberapa kriteria yang akan dinilai semasa permohonan berlansung.

1. Sistem Merit.

Sistem ni adalah pengiraan markah berdasarkan skor alasan yang kita tandakan. sebagai contoh, sakit kronik diri dapat markah 100, berjauhan dengan isteri dapat markah 20, menjaga mak sakit dapat markah 20, mengajar di Sarawak dah 10 tahun dapat 100 markah.
Jadi kat sini, dah dapat 250 mata merit. berbanding dengan alasan berjauhan dengan isteri semata, 20 markah. Jadi cikgu yang skor 250 markah tadi akan berpeluang cerah ditukarkan terlebih dahulu.

2. Kuasa menukarkan
PPD yang berkuasa tinggi adalah PPD tempat kita berkhidmat sekarang. Dalam kes saya, PPD Mukah lebih berkuasa berbanding PPD di Negeri Sembilan tersebut. Hal ini kerana walau 100 kali PPD di Negeri Sembilan ini menyokong pertukaran saya ke PPD mereka, namun kiranya PPD Mukah tidak mahu melepaskan saya, tetap tak membawa apa-apa erti.
Maka berbaik-baiklah kita dengan pegawai yang menguruskan bahagian pertukaran ini di PPD kita supaya dapat melepaskan kita. huhu.

3. Rayuan
Bagi guru yang gagal ditukarkan menerusi aplikasi EG-Tukar, boleh membuat rayuan dengan cara menulis surat rayuan yang mengandungi justifikasi mengapa kita ingin berpindah. Surat ini boleh dihantar kepada PPD sekarang dan PPD tempat kita ingin ditukarkan. Atau, pegawai tadi katakan, hantar terus kepada PPD tempat kita ingin ditukarkan sahaja pun tidak mengapa.
Hal ini kerana, PPD mempunyai satu sistem e-rayuan (boleh diperbetul jika silap) yang mana hanya PPD sahaja dapat akses kepada apps ini. Jadi, dengan menghantar surat rayuan kepada PPD terbabit, PPD berkenaan boleh key-in butiran permohonan kita dan menyokong pertukaran kita melalui apps ini.

Jadi, walau apa pun tujuan dan sebab kita memohon pertukaran, bersamalah kita berdoa agar dipermudah segala urusan. Saya doakan semua yang memohon dipermudah. Doakan saya juga ya. huhu. Sekian. 

Related Posts

Tips Hadapi eg-Tukar Persediaan Awal Sila Buat Terus Seperti Cadangan Ini InsyaAllah Agar Mudah Kemudian Hari
4/ 5
Oleh