Telegram Nota & Soalan

KES CIKGU FARIZA NURBAYA : Cikgu SMK Nasiruddin Shah Besut ditukar ke SMK Tengku Ibrahim Setiu

KES CIKGU FARIZA NURBAYA : Cikgu SMK Nasiruddin Shah Besut ditukar ke SMK Tengku Ibrahim Setiu


Catatan 2: (Boleh screenshot dan hantar kepada pak menteri atau ketua pengarah)
Surat pertukaran saya yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2016 telah ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada saat-saat akhir pelajar saya akan menghadapi peperiksaan penting.

Berita pertukaran saya siap dengan nama sekolah telah LAMA disebut dan diuar-uarkan dalam mesyuarat cawangan sebuah parti politik lebih 6 bulan yang lalu. Persoalannya, siapa yang mengarahkan siapa agar saya ditukarkan? Siapakah yang lebih berkuasa antara ajk parti atau seorang Ketua Pengarah Pelajaran dalam menentukan pendidikan negara?

Adakah saya ditukarkan ke luar daerah kerana sebab-sebab berikut?

1. Ponteng waktu mengajar,
2. Tidak memeriksa tugasan pelajar,
3. Tidak menulis buku persediaan mengajar,
4. Mematah-riukkan tulang pelajar,
5. Mencabul kehormatan pelajar atau rakan sejawat,
6. Menghasut pelajar agar membenci kerajaan,
7. Berceramah di atas pentas politik (nyatakan tempat, tarikh, masa),
8. Mengkritik dasar kerajaan (sila nyatakan dasar apa),
9. Saya terlalu cantik,
10. Atau ada kesalahan-kesalahan lain.


Tolong NYATAKAN, biar jelas dan tenang hati ini. Biar berbaloi dengan kesulitan yang saya alami akibat pertukaran ini. Jangan diberikan alasan pertukaran kerana keperluan perkhidmatan. Saya mahu gelak sekuat-kuatnya walaupun saya sangat marah sekarang.


KES CIKGU FARIZA NURBAYA : Cikgu SMK Nasiruddin Shah Besut ditukar ke SMK Tengku Ibrahim Setiu
KES CIKGU FARIZA NURBAYA : Cikgu SMK Nasiruddin Shah Besut ditukar ke SMK Tengku Ibrahim Setiu

Related Posts

KES CIKGU FARIZA NURBAYA : Cikgu SMK Nasiruddin Shah Besut ditukar ke SMK Tengku Ibrahim Setiu
4/ 5
Oleh