Telegram Nota & Soalan

Allahuakhbar.. Kanak-kanak 7 Tahun GILA Akibat Stress Terlalu Banyak Belajar

Allahuakhbar.. Kanak-kanak 7 Tahun GILA Akibat Stress Terlalu Banyak Belajar
Allahuakhbar.. Kanak-kanak 7 Tahun GILA Akibat Stress Terlalu Banyak Belajar
Kanak Kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar|Setiap ibu pasti akan mengimpikan anaknya menjadi seorang anak yang bijak pandai,Tentu semua itu dilakukandemi kejayaan anaknya apabila sudah besar kelak.
Akan tetapi Tidak semua hal yang kita impikan boleh menjadi kenyataan malah boleh menjadi sebaliknya apabila tidak kena dengan caranya.
Perkara itulah yang dihadapi oleh seorang ibu beranak satu yang keinginannya menjadikan anak perempuannya yang belum cukup berusia 7 tahun menjadi seorang anak yang pandai.
Ibu beranak satu dari golongan Vip memaksa anaknya untuk belajar hingga boleh dikatakan tidak ada waktu bermain,Hingga pada akhirnya kanak kanak malang ini tertekan dan jenuh dalam menimba ilmu.
Dikutip dari sebuah tulisan seorang penulis melimpahkan,”Hari ini saya menziarahi hospital karena anak rakan saya sakit.Rekan saya ini adalah seorang yang berjaya dalam hidup dan merupakan seorang dari golongan vip.
Anak perempuannya adalah seorang yang cantik,umurnya tidak akan lama lagi akan mencapai 7 tahun,tak lupa saya membawakan anak patung untuknya.
Waktu saya datang dia mengenali saya”macik iti ek?”ia jawab saya” dengan agak terharu karena ia masih mengenali saya.
Macik iti 42:6 Berapa? doa masuk tandas apa?
Selepas menanyakan soalan itu saya hanya terdiam kemudian dia menirukan gaya cikgunya yang belajar di kelas dan menyanyikan lagu 5×5=25,selepas itu dia membacakan doa makan.
Macik iti jom sambung kalimat”saya pergi kesekolah setelah itu saya balik ke? Soalnya sungguh sungguh,ia memang comel,pandai dan bijak.
Namun selama saya menemani anak ini di situ ibunya yang memerhati sedari tadi hanya menangis  mengalirkan air mata.” saya turut berduka dengan penyakit yang di derita anak perempuannya.
Sakit apa?
Sebenarnya saya menziarahi anak rakan saya di hospital sakit jiwa,yaaa sebuah hospital sakit jiwa.
Apa yang sebenarnya terjadi?
Dua minggu terakhir anak perempuan rakan saya ini selalu  menjawab soalan cikgunya dengan jawaban yang sama (7, 24:6=4 dan how are you” Dan jawaban lain seperti huruf jawi,kemudian dia menjawab soalan sambil meniru gaya cikgunya ketika mengajar.
Menurut doktor yang menjaga kanak kanak malang ini,ia terlalu aktif dalam pembelajaran yang ditambah dengan tekanan dirumah ketika mengulang kaji beberapa mata pelajaran tanpa merehatkan otak dengan melakukan perkara yang mereka suka seperti bermain hingga mengakibatkan otaknya jenuh.
Tentu rasa takut kepada ibu bapa adalah punca ia memaksa otaknya.Yang lebih mengaharukan lagi,saat ia melihat ibunya menangis si anak berkata”ibu jangan menangis,saya dah pandai”
Dia adalah penghuni rumah sakit jiwa paling muda di situ,ada 4 orang lagi yang berusia 12 tahun ke 15 yang juga mengalami gangguan jiwa karena broken home.
Hanya dia seorang yang mengalami gangguan jiwa karena tekanan belajar yang di paksa.
Meskipun kebenaran  kisah penulis ini tidak dapat di sahihkan namun ada sesuatu pelajaran berharga yang patut di jadikan sebagi pedoman kepada ibu bapa.
Jangan jadikan anak anda sebagai tangga untuk memenuhi impian anda atau pun mahu di puji orang lain memiliki anak yang bijak,biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri dan berikanlah mereka kenangan masa kecil yang indah dengan bermain yang cukup. http://eberita.org/
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Pandangan Admin

Assalamualaikum.
Sebagai ibubapa pastinya kita mahu melihat anak-anak kita berjaya. Ya itu sudah pasti. Namun dalam konteks apa yang kita mahu mereka berjaya? Adakah sekadar akademik dengan tiada bekalan agama. Atau sekadar akademik tanpa skil komunikasi yang baik?
Pada pandangan admin, kemungkinan besar cerita ini adalah dari negara jiran. Namun iktibarnya tetap patut kita ambil. Ingat, biarlah anak-anak kecil belajar dengan seronok dahulu. Kemudian barulah mereka seronok untuk belajar. 

Pandangan Netizen

Allahuakhbar.. Kanak-kanak 7 Tahun GILA Akibat Stress Terlalu Banyak Belajar

Allahuakhbar.. Kanak-kanak 7 Tahun GILA Akibat Stress Terlalu Banyak Belajar
Allahuakhbar.. Kanak-kanak 7 Tahun GILA Akibat Stress Terlalu Banyak Belajar

Satu soalan.. Apa pandangan anda? Sila jawab sejujurnya dibawah.



Related Posts

Allahuakhbar.. Kanak-kanak 7 Tahun GILA Akibat Stress Terlalu Banyak Belajar
4/ 5
Oleh