Telegram Nota & Soalan

ANDA RUGI BESAR! Kalau Pernah Tengok Butang Windows Ini Tetapi Tak Tahu Guna. Macam Magic!

ANDA RUGI BESAR! Kalau Pernah Tengok Butang WIndows Ini Tetapi Tak Tahu Guna. Macam Magic!
ANDA RUGI BESAR! Kalau Pernah Tengok Butang Windows Ini Tetapi Tak Tahu Guna. Macam Magic!

Assalamualaikum.

Hari ini SGO ingin kongsikan info menarik. Ya, sesuatu yang memang selalu kita lihat tetapi kita tak tahu macam mana nak guna. Tak percaya? Kalau tengah buka laptop atau komputer cuba anda cari dan lihat butang windows ini. Selalu lihatkan? Tetapi tahu tak yang butang itu sangat berguna!

Ok sebelum itu, janji ya kalau kamu rasa apa yang kamu baca ini sesuatu yang BARU dan BELUM PERNAH baca, kamu kena share ok! Tak adalah, hanya gurauan. Share sahaja bila ianya ilmu bermanfaat. InsyaAllah :)


Kegunaan Butang Windows di Laptop atau Komputer Anda

1. Mengunci Komputer Anda Ketika AFK (Away From Computer)

Keys = Butang Windows + L

Katakan semasa ada membuat kerja dan tiba-tiba anda nak ke tandas, atau ada orang nak mengendap laptop anda. Jadi dengan laju dan pantasnya hanya tekan Windows + L dan terus screen laptop anda akan di kunci (lock).

Jadi anda tak perlu takut ada orang nak guna laptop anda lagi selepas ini sebab anda akan lock terus dengan mudah bila tinggalkan laptop. Especially anak-anak atau adik beradik atau kawan-kawan.

Cara mudah untuk ingat ialah butang L itu bermaksud LOCK. Jadi ingat, kalau nak lock cepat just tekan Windows + L (lock).


2. Mencari dokumen dengan membuka "My Computer"

Keys = Butang Windows + L

Ok biasanya kalau nak cari files, dokumen atau apa sahaja anda akan buka My Computer bukan? Ya, dan kadang-kadang nak cari icon My Computer itu sahaja sudah ambil masa sebab jarang buka laptop.

Jadi, tahukah anda bahawa ada cara yang jauh lebih professional yang anda boleh guna mulai hari ini untuk membuka My Computer iaitu dengan cara menekan butang windows + L.

Tak percaya? Ok cuba sekarang. :)


3. Shortcut terus kembali ke Desktop!

Keys = Butang Windows + D

Bunyi simple sahaja betul tak? Cuba letak situasi anda yang kritikal contohnya tengah main games, tiba-tiba bos datang! Habislah kena marah free nanti. Jadi dengan cepat anda boleh tekan butang windows + D dan terus paparan games atau apa sahaja yang anda buka tadi akan berubah pergi ke paparan Desktop!

Ingat, admin bukan ajar anda main games masa bekerja tetapi sekadar beri situasi kritikal. Jadi jangan main semasa bekerja ok!

Cara mudah untuk ingat ialah butang D itu bermaksud Desktop. Jadi ingat, kalau nak lock cepat just tekan Windows + D (Desktop).


4. Zoom In dan Zoom Out 

Keys = Butang Windows + "+" atau "-"

Ok, kadang-kadang anda perlu zoom in sesuatu untuk baca atau lihat dengan lebih jelas sesuatu paparan? Mudah sahaja, just tekan windows + "+" atau "-". Menarik? Try sekarang!


5. Membuka Run Command

Keys = Butang Windows + R

Baiklah, Run Command ini sebenarnya penting tetapi kalau orang biasa macam kita ni sangat jarang atau boleh dikatakan memang tak pakai terus mungkin?

Jadi, fungsi command sebenarnya sangat banyak. Contohnya admin berikan 2 ini :

i) Recorder.
Tekan saja Windows + R dan tulis psr.exe.

ii) Keyboard vitual.
Tekan Windows + R dan masukan osk



Macam mana? Ada belajar sesuatu? Kalau ada, kena share. :) Dah janji kan? Huhu.. Ok, gurau sahaja. Just share kalau bermanfaat. Terima kasih.

Related Posts

ANDA RUGI BESAR! Kalau Pernah Tengok Butang Windows Ini Tetapi Tak Tahu Guna. Macam Magic!
4/ 5
Oleh