Telegram Nota & Soalan

Cuti Peristiwa 8hb Julai Pada Hari Raya Ketiga di Bagi Penjawat Awam

Cuti Peristiwa 8hb Julai Pada Hari Raya Ketiga di Pertimbangkan Bagi Penjawat Awam

UPDATE TERBARU 30/6/2016 : Update Cuti Raya dari PMO

30/06/2016 - Pelepasan Khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) sempena Hari Raya Aidilfitri

PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA
8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada  6 Julai 2016. Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.
Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.
Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.
        Ketua Setiausaha Negara
             30 Jun 2016
*klik pada KSN untuk link direct.


==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Negeri Mana yang Terlibat untuk Pertimbangan Cuti Peristiwa 8hb Julai 2016

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, negeri yang terlibat ialah negeri yang bekerja pada hari jumaat. 

Ini bermaksud selain dari negeri :
  1. Kelantan
  2. Terengganu
  3. Kedah
  4. Johor


Cuti Khas Hanya Untuk Negeri-negeri Bekerja Hari Jumaat

PUTRAJAYA 24 Jun - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan penjawat awam agar Hari Raya Aidilfitri ketiga yang dijangka pada 8 Julai ini iaitu hari Jumaat diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sehubungan itu kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat bersama peringkat tertinggi kerajaan yang akan datang.

Walau bagaimanapun katanya, perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan tersebut. “Insya-Allah saya akan bawa perkara itu untuk dirundingkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada perjumpaan khas bersama ahli-ahli

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) di sini hari ini.

Terdahulu, permintaan itu telah dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam ucapannya pada majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE

Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri

Masih lagi mengikut seperti yang dikeluarkan sebelum ini dan boleh dilihat di Cuti Perayaan 2016 Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina

Download Lagu Raya 1 Folder

Sempena Hari Raya yang bakal tiba ini admin nak kongsikan dengan anda semua 1 folder lagu raya aidilfitri yang kualiti soundnya agak bagus.

Didalam link itu nanti anda akan dapat lihat satu persatu senarai lagu. Jadi anda boleh pilih sendiri lagu mana yang berkenan dan download hanya yang anda mahu sahaja. Tetapi kalau nak download semua pun boleh.

Download : Lagu Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya.




Related Posts

Cuti Peristiwa 8hb Julai Pada Hari Raya Ketiga di Bagi Penjawat Awam
4/ 5
Oleh