Telegram Nota & Soalan

BONGKAR KES! Bagaimana Pelajar Sekolah Boleh Buat Duit Diam-diam Ratusan Ringgit Sebulan

cara buat duit tanpa modal di rumah

Assalamualaikum.

Sebelum berkongsi lebih lanjut, admin ingatkan beberapa perkara bahawa ini hanyalah perkongsian admin. Ianya satu peluang yang mudah untuk sesiapa sahaja menjana pendapatan side income. Ya, bukan bermaksud hanya pelajar sekolah sahaja yang boleh buat, tetapi bermaksud ianya terlampau senang sehinggakan pelajar sekolah pun mampu buat.

Nota Penting

1. Admin tidak dapat apa-apa komisyen dari perkongsian ini.
2. Ianya sangat mudah dilakukan.
3. Modal RM0.00. Setidak-tidaknya hanya memerlukan telefon pintar sahaja yang rata-rata hampir semua orang ada. Lagi baik ada internet sendiri. Atau wifi pun boleh.
4. Perkongsian ini satu perancangan atas kertas yang mudah. Boleh di ubah suai sendiri ikut keperluan.
5. Gambar GARI sekadar menarik perhatian. Ianya bukan sesuatu yang salah disisi undang-undang. Relax ok.


Bagaimana Cara Buat Duit Tanpa Modal?

Pastinya ramai tidak percaya sekiranya admin nyatakan hal ini memang betul-betul ada. Ya, hari ini admin nak kongsikan bagaimana cara buat duit tanpa mempunyai :

  • Tanpa Modal walaupun 1sen. Cukup Telefon Pintar setidak-tidaknya.
  • Tanpa perlu ada ilmu meluas tentang bisnes dan sebagainya.
  • Tanpa perlu ada produk dan kedai.
  • Tak payah jumpa orang  nak ajak join MLM.
  • Tak payah jumpa sesiapa!
  • Tak payah lesen berniaga.
  • Dan bermacam-macam tak payah lagi.


Apa yang admin nak kongsikan ialah anda hanya perlu ikut step-step admin berikan ini dan cuba paham konsep dan kaedahnya. Ya, semudah ABC.


Buat Duit Hanya Pendekkan Mana-mana URL dan Kongsikan di Facebook & Whataspp

Pengenalan LYNK.MY

1. Lynk.my menawarkan servis pendekkan URL sama seperti ‘URL shortener’ antarabangsa yang lain seperti Bitly.com, tinyurl.com dan goo.gl. Cuma yang bezanya dengan Lynk.my adalah anda boleh buat duit dengan lynk.my, manakala servis tersebut hanya menawarkan servis pendekkan URL dan ‘tracking’ untuk URL.

Bagaimana Lynk.my Berfungsi Menjana Income?

1. Pertamanya fahimi bahawa lynk.my berfungsi sebagai shortener url (pemendek url yang panjang sama ada url gambar, website, youtube, facebook dll). 
2. Apabila anda ada link panjang yang ingin dipendekkan. Anda just buka lynk.my dan pilih shorten link. Nanti anda akan diberikan link yang baru yang sangat pendek.
3. Ya, link yang pendek itulah yang akan kamu sebarkan kepada rakan-rakan dan setiap kali ada rakan anda yang klik dan view maka anda akan dapat pengiraan income.
4. Rates sekarang ialah 1000views= RM50 kalau tidak salah admin.
5. Contoh :

  • Admin ada link menarik yang ingin dikongsikan seperti dibawah : http://www.sistemguruonline.my/2016/06/bongkar-kes-bagaimana-pelajar-sekolah.html
  • Kemudian admin pergi ke lynk.my dan pendekkan url yang panjang ini. Maka terhasillah link seperti ini : http://lynk.my/MVgF
  • Apabila anda sebarkan link ini kepada rakan anda, mereka akan lihat iklan yang disediakan selama 5 saat sebelum boleh tekan skip ads. Disinilah sebenarnya anda menjana income.


Mudah bukan?


Mari kita lihat video dibawah dan jom mulakan buat duit dengan Lynk.my.


Bagaimana Langkah-langkah Memulakannya.

1. Daftarkan diri anda di Lynk.my

Pergi ke http://lynk.my dan daftar dengan klik ‘JOINT NOW’
  • Masukkan username yang diigini
  • Masukkan password anda.
  • Masukkan password sekali lagi untuk pengesahan
  • Masukkan email rasmi anda.
  • Pilih akaun Publisher.
  • Klik ‘I want to joint lynk.my.
  • Selepas itu sila buat pengesahan dengan klik pengesahan email yang dihantar oleh lynk.my.

2. Pendekkan Apa-apa Lynk. Dan admin berikan sedikit tips :

  • Cari link-link berita.
  • Pastikan link dan cerita atau bahan yang dikongsikan itu benar dan bermanfaat. Kerana setiap yang kita sebarkan akan dinilai dosa pahala kita.
  • Boleh juga sebar luaskan soalan-soalan, nota padat dan latihan dari SistemGuruOnline. Contohnya :
    http://www.sistemguruonline.my/2016/05/nota-lengkap-cemerlang-pt3-2016-semua-8.html http://www.sistemguruonline.my/2015/10/nota-padat-power-spm-untuk-semua-24-subjek.html
  • Cari isu semasa seperti keputusan bola sepak, takwim, tempat menarik, dll. 
  • Kongsikan di whatsapp, wechat, dll supaya viral. Dan ingatlah apabila viral maka apa yang kita mulakan itu adalah tanggungjawab kita. Jadi pastikan tidak menyebar fitnah, gambar-gambar tidak menutup aurat, kisah-kisah aib orang, dan sebagainya yang dinilai berdosa di dalam agama islam.
  • Bila dah viral maka anda tunggu sahaja berdesup duit masuk kedalam akaun anda.

3. Kaedah Pembayaran "Gaji" oleh Lynk.my

Mengikut lynk.my insyaAllah hampir kesemua jenis bank di Malaysia boleh dibuat pembayaran. Jadi tiada masalah sangat sebab setidak-tidaknya rakyat Malaysia rata-rata ada banyak akaun seperti CIMB, Maybank, dll.

Tarikh pembayaran pula anda boleh lihat sendiri detailsnya nanti. Admin bagi anda sendiri untuk selidik tentang Lynk.my.

Berbaloikah Lynk.my untuk di cuba?

Untuk guru-guru rasanya tidak perlulah kerana rata-rata semua tahu gaji cikgu dalam kategori yang selesa. Namun mungkin lain orang lain komitmennya dan bagi mereka yang ingin mencubanya tidaklah admin halang. 

Tetapi admin lebih galakkan anak-anak yang berada di Universiti terutamanya untuk mencuba kaedah ini. Selain dapat merasai sendiri pengalaman mencari duit, anda juga boleh mengurangkan beban ibubapa yang menanggung anda. Ya, kalau income sebulan dah dapat dalam RM500 pun dah syukur. Anda boleh hidup dan berbelanja dengan senang hati.

Jadi, admin sekadar berkongsi sebab ianya terlalu mudah untuk dilepaskan. 

Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda. Semoga berjaya :)

Related Posts

BONGKAR KES! Bagaimana Pelajar Sekolah Boleh Buat Duit Diam-diam Ratusan Ringgit Sebulan
4/ 5
Oleh