Telegram Nota & Soalan

Akaun 1GovUC untuk Guru & Sektor Awam

Akaun 1GovUC untuk Guru & Sektor Awam
Akaun 1GovUC untuk Guru & Sektor Awam

Pengenalan Apa itu 1 GovUC

1.0 TUJUAN 1 GovUC

Dokumen ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang perkhidmatan 1GovUC serta tatacara penggunaannya.

2.0 LATARBELAKANG 1 GovUC

2.1 YAB Perdana Menteri telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) pada pada 25 Oktober 2010, iaitu satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. MAMPU telah dilantik sebagai peneraju bagi melaksana Entry Point Project 8 (EPP8) di bawah National Key Economic Area (NKEA) Content, Communication and Infrastrucuture (CCI) dan EPP2 di bawah NKEA Business Services. Salah satu projek EPP2 yang telah dikenal pasti adalah EPP2-1A: Government Unified Communication (1GOVUC).

2.2 1GovUC merupakan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu Sektor Awam yang diuruskan secara berpusat di MAMPU melalui penggabungan pelbagai kaedah komunikasi seperti voice, e-mail, instant messaging, audio/video conferencing, SMS dan fax.

2.3 Sehubungan dengan inisiatif ini, perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi yang terdapat di Agensi Awam akan dikonsolidasikan dan integrasi di 1GovUC. Objektif 1GovUC adalah untuk memperkasa dan menambahbaik urusan komunikasi dan kolaborasi dalam urusan harian pentadbiran sektor awam melalui integrasi dan konsolidasi saluran-saluran komunikasi secara selamat; serta menjadi pemangkin kepada peningkatan keberkesanan pentadbiran awam dan perluasan penggunaan aplikasi-aplikasi umum dan strategik.

2.4 Selaras dengan inisiatif tersebut, Kerajaan telah bersetuju melalui Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bilangan 1 Tahun 2013 pada 12 Julai 2013 bahawa Pelaksanaan 1GovUC hendaklah menyeluruh kepada Semua Kementerian, Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Audit Negara.


3.0 TAKRIFAN 

Takrifan bagi maksud pemakaian garis panduan ini adalah:

a. Perkhidmatan 1GovUC merujuk kepada perkhidmatan gunasama kerajaan yang merangkumi komponen utama iaitu E-mel, Komunikasi Bersepadu dan Telepresence yang diurus secara berpusat.

b. Agensi Pusat merujuk kepada agensi Kerajaan yang bertanggungjawab menyedia dan mengurus perkhidmatan 1GovUC.

c. Agensi Pelaksana merujuk kepada agensi Kerajaan yang telah menggunakan perkhidmatan 1GovUC.

d. Penyedia Perkhidmatan merujuk kepada pihak ketiga yang dipertanggungjawab untuk mengoperasi dan menyelenggara perkhidmatan 1GovUC.

e. Pentadbir UC merujuk kepada penjawat awam yang dilantik oleh agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memberi khidmat sokongan bagi perkhidmatan 1GovUC di peringkat agensi.

f. Pengguna merujuk kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam yang sedang berkhidmat dan menggunakan perkhidmatan 1GovUC

g. E-mel merujuk kepada aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik.

h. Komunikasi Bersepadu (Unified Communication) merujuk kepada saluran-saluran komunikasi elektronik selain E-mel yang disepadukan dalam satu rangkaian dan antaramuka yang sama.

i. TelePresence merujuk kepada satu saluran komunikasi yang merangkumi video dan audio berdefinisi tinggi (High Definition) yang menghubungkan dua atau lebih lokasi secara maya bagi tujuan bermesyuarat atau perbincangan.

j. Portal Kolaboratif merujuk kepada satu kemudahan media sosial yang menyediakan ruangan diskusi, hebahan dan perkongsian maklumat bagi pengguna 1GovUC;

k. Portal 1GovUC merujuk kepada gerbang maklumat rujukan bagi perkhidmatan 1GovUC;

l. Identity Provisioning Management System (IPMS) merujuk kepada aplikasi pengurusan identiti pengguna perkhidmatan 1GovUC.


4.0 PERKHIDMATAN 1GOVUC YANG DISEDIAKAN 

4.1 E-mel Perkhidmatan E-mel adalah: 

a. Disediakan secara berpusat dengan menggunakan infrastruktur yang dikawalselia oleh Kerajaan;

b. Boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana di dalam persekitaran yang selamat;

c. Mengguna dan mengekalkan alamat domain agensi;

d. Boleh diintegrasi dengan mana-mana aplikasi yang memerlukan kemudahan Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) Relay;

e. Diintegrasikan dengan kemudahan penghantaran dan penerimaan faksimili;

f. Diintegrasikan dengan kemudahan penghantaran, hebahan dan penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

4.2 Komunikasi Bersepadu (Unified Communication (UC)) Perkhidmatan UC menyediakan kemudahan seperti berikut: 

a. Berinteraksi secara langsung melalui teks;

b. Membuat panggilan suara melalui komputer di antara dua pengguna 1GovUC;

c. Membuat persidangan suara melalui komputer di antara beberapa pengguna 1GovUC;

d. Membuat panggilan suara melalui komputer pengguna 1GovUC dengan pihak lain;

e. Membuat panggilan video melalui komputer di antara dua pengguna 1GovUC;

f. Membuat persidangan video melalui komputer di antara beberapa pengguna 1GovUC;
1GovUC untuk Guru di Sekolah
1GovUC untuk Guru di Sekolah

1GovUC untuk Guru di Sekolah

PUNCA KUASA PERLUASAN 1GovUC di SEKOLAH

YBhg Dato’ TKSU KPM dan SUB BPM telah mengarahkanperluasanemel kepada warga KPM di Sekolah untuk 8 jawatan berikut:

1. Guru Besar/ Pengetua Sekolah
2. Guru PenolongKanan Pentadbiran
3. Guru PenolongKanan Hal Ehwal Murid
4. Guru PenolongKanan Kokurikulum
5. Guru Penyelia Petang
6. Guru PenolongKanan Tingkatan Enam(jika ada)
7. Ketua Pembantu Tadbir
8. Penyelaras ICT/ Guru Penyelaras VLE/ Guru Data/ Juruteknik Komputer(jika ada)


Tambahan (Perbincangan Bersama JPN Negeri):

1. E-mel rasmisekolah berdasarkan Kod Sekolah
2. Guru Penolong Kanan PendidikanKhas


Perkhidmatan 1GovUC di Sekolah untuk Guru

Akaun 1GovUC untuk Guru & Sektor Awam
Akaun 1GovUC untuk Guru & Sektor Awam

Related Posts

Akaun 1GovUC untuk Guru & Sektor Awam
4/ 5
Oleh