Telegram Nota & Soalan

Mudahnya Cara SMS Tukar Kata Laluan / Password e-Filing LHDN

Mudahnya Cara SMS Kata Laluan / Password e-Filing LHDN
Mudahnya Cara SMS Tukar Kata Laluan / Password e-Filing LHDN

Apa itu e-Filling

e-Filling sebenarnya ialah satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Secara elektronik melalui internet untuk :
Borang B/BT 
(e-B/e-BT)
-
Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
Borang BE (e-BE)
-
Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
Borang P (e-P)
-
Borang Nyata Perkongsian
Borang M/MT
(e-M/e-MT)
-
Return Form of a Non-Resident Individual/Knowledge Worker
Borang E (e-E)
-
Borang Nyata Oleh Majikan
Borang C (e-C)
-
Borang Nyata Syarikat
Borang R (e-R)
-
Penyata Baki 108 Tersemak
e-Anggaran (e-CP204) untuk Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
-
Borang Anggaran Cukai Syarikat/Borang Pindaan Cukai Syarikat Pindaan Ke-6 (CP204A-Pindaan Ke-6)/Borang Pindaan Cukai Syarikat Pindaan Ke-9 (CP204A-Pindaan Ke-9)

Apa keperluan sistem e-Filing ?

  • Nombor Rujukan Cukai Pendapatan dan No. PIN
  • Pentium III dan ke atas
  • Talian Internet
  • Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini)
  • Microsoft Windows XP (Service Pack terkini)
  • Internet Explorer 8.0 dan ke atas /Mozilla Firefox 5/ Opera 9/ Safari

Bagaimana Mendapatkan No. PIN ?


  • Hadir sendiri ke cawangan LHDNM yang berhampiran. 


Terlupa Kata Laluan, Cara Turka Kata Laluan e-Filling

CYBERJAYA: Pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing boleh menetapkan semula atau 'reset' kata laluan e-Filing mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mulai Isnin ini.

Daftar Bayar Cukai LHDN dengan Mudah & Cepat [ Lembaga Hasil Dalam Negeri ] ]

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata melalui inisiatif baharu yang diperkenalkan itu, pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing boleh memohon kod pengaktifan sementara (KPS) menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDN.
"Namun, buat masa sekarang, khidmat berkenaan hanya dapat dilakukan oleh pengguna talian MAXIS, Digi dan Umobile sahaja manakala pengguna talian lain akan dapat menikmati kemudahan ini pada masa hadapan selepas urusan berkaitan dimuktamadkan. 

"Syarikat penyedia telekomunikasi (telco) akan mengenakan caj 50 sen kepada pengguna kemudahan ini untuk setiap SMS maklum balas yang diberikan. KPS adalah sah selagi ia tidak digunakan oleh pembayar cukai untuk set semula kata laluan e-Filing mereka. 

"Untuk tindakan set semula kata laluan menggunakan KPS, pembayar cukai boleh melayari Portal Rasmi LHDN di www.hasil.gov.my>EzHASiL>e-Filing>Bantuan>Terlupa Kata Laluan atau klik pautan berikut, https://ez.hasil.gov.my/CI/Bantuan_Anon.aspx," katanya.

Sebelum ini, pembayar cukai hanya dibenarkan memohon KPS menggunakan alamat e-mel yang berdaftar dengan LHDN atau hadir sendiri di mana-mana kaunter perkhidmatan pelanggan LHDN.

Justeru, LHDN berharap kaedah baharu itu dapat memberi kemudahan kepada mereka dan menggalakkan lebih ramai pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui e-Filing.

Sebagai rekod sehingga jam 5.30 petang tadi, sebanyak 1,602,023 BNCP pelbagai kategori sudah diterima melalui kaedah e-Filing, meningkat 5.68 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu hanya 1,515,937 borang.

Daripada angka itu, Borang BE yang diterima melalui kaedah e-Filing daripada pembayar cukai individu yang tidak mempunyai punca pendapatan perniagaan berjumlah 1,163,742 borang berbanding hanya 1,058502 borang pada 2015.

Related Posts

Mudahnya Cara SMS Tukar Kata Laluan / Password e-Filing LHDN
4/ 5
Oleh