Telegram Nota & Soalan

Gambar Kejadian 5 Pelajar Universiti Malaysia Kelantan [ UMK ] Jatuh dari Puncak Bukit Kluang Besut

Gambar Kejadian 5 Pelajar Universiti Malaysia Kelantan [ UMK ] Jatuh dari Puncak Bukit Kluang Besut
Gambar Kejadian 5 Pelajar Universiti Malaysia Kelantan [ UMK ] Jatuh dari Puncak Bukit Kluang Besut

Keindahan Bukit Kluang di Besut

Sesiapa sahaja yang pernah pergi ke Pantai Bukit Kluang di Besut pastinya akan mengakui keindahan pantainya. Dan sejak kebelakangan ini pantai ini semakin sesak dengan pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negeri Terengganu dan Kelantan.

Kedudukannya yang berada di Besut menjadikannya mudah dan dekat untuk pengunjung dari Kelantan datang kesana sama ada untuk mandi manda atau aktiviti lain lagi.

Senarai Aktiviti Menarik di Pantai Bukit Kluang Besut

Berikut admin senaraikan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan disana.


  1. Surfboard
  2. Banana Boat
  3. Hiking Bukit Kluang
  4. Camping
  5. Karaoke
  6. Mandi-manda
  7. Menaiki kuda
  8. Dll


Pendek kata sesiapa yang sampai sana pasti teruja dengan jumlah pengunjung yang ramai dan suasana yang sangat menarik kerana panoramanya yang indah.

Kejadian 5 Pelajar UMK Jatuh dari Bukit Kluang

Kejadian seperti ini sebenarnya sangat menyedihkan terutama sekali pelajar ini dikatakan jatuh kerana cuba mengambil gambar selfie dari puncak Bukit Kluang. Apa yang lebih menyedihkan, gaung tersebut yang sedalam 24meter adalah sangat tinggi.

Diharap lain kali semua orang lebih berhati-hati. Jangan kerana ingin bergambar semata-mata maka nyawa dipertaruhkan.


Berita Pelajar UMK Jatuh Gaung

JERTIH: Lima pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang cuba mengambil gambar selfie, terjatuh dari puncak Bukit Keluang, dekat sini, ketika mereka menyertai aktiviti pendakian bersama 20 pelajar lain, tengah hari tadi.

Pelajar terbabit iaitu dua lelaki dan tiga perempuan berusia 20 tahun, dikatakan pergi ke bukit berkenaan pada kira-kira jam 1 tengah hari untuk menyertai aktiviti pendakian.
Bagaimanapun, lima pelajar terbabit dikatakan tergelincir ketika masing-masing sedang mengambil gambar dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja bergegas ke lokasi kejadian.

"Hingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). "Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa," katanya
Bharian

Related Posts

Gambar Kejadian 5 Pelajar Universiti Malaysia Kelantan [ UMK ] Jatuh dari Puncak Bukit Kluang Besut
4/ 5
Oleh