Telegram Nota & Soalan

77 Buah Sekolah ditutup Kerana Jerebu di Papar, Kuala Penyu dan Beaufort, Sabah

Senarai 77 Buah Sekolah ditutup Kerana Jerebu di Papar, Kuala Penyu dan Beaufort, Sabah
77 Buah Sekolah ditutup Kerana Jerebu di Papar, Kuala Penyu dan Beaufort, Sabah

Sekolah Tutup Kerana Jerebu

KOTA KINABALU: Sebanyak 77 sekolah termasuk 60 sekolah rendah di daerah Beaufort, Papar dan Kuala Penyu di negeri ini, diarahkan tutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di tiga daerah berkenaan.
Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul, berkata ia membabitkan 21,013 murid dan pelajar dengan setakat ini penutupan hanya pada esok, namun guru dan kakitangan lain akan bertugas seperti biasa.
"Saya sendiri turun padang melihat keadaan di tiga daerah itu hari ini dan mendapati ada sesetengah tempat khususnya kawasan tanah gambut di Bongawan masih terbakar.
"Selain itu, saya dimaklumkan keadaan asap tebal dan agak gelap lazimnya berlaku pada waktu pagi dan petang. Ini sekali gus mendapat banyak aduan daripada ibu bapa.
"Sebab itu, kita mengambil keputusan menutup 77 sekolah di tiga daerah itu esok. Jika keadaan memuaskan, sekolah akan beroperasi semula pada Selasa ini," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Daripada 77 sekolah itu, sebanyak 53 adalah di daerah Beaufort manakala 14 di Kuala Penyu dan 10 di Papar.
Bacaan IPU di tiga daerah itu melebihi 200 semalam.
Sementara itu, perangkaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menunjukkan sebanyak 2,484 kes kebakaran terbuka dilaporkan sejak 1 Januari lalu hingga semalam.
Setakat tiga hari pertama April, sebanyak 148 kes kebakaran terbuka dilaporkan dengan kebanyakannya di Papar dan Penampang.
==============================================================

Sekolah yang terlibat penutupan sekolah akibat jerebu

1. Zon Bongawan - 10 buah sekolah
2. Beaufort - 53 buah sekolah
3. Kuala penyu - 14 buah sekolah


Info terkini Sekolah Tutup Kerana Jerebu


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah telah memaklumkan bahawa 10 sekolah di daerah Papar akan ditutup esok. Sekolah lain yang tidak tersenarai adalah dibenarkan menutup sekolah sekiranya berlaku jerebu teruk di sekolah dan hendaklah segera memaklumkan kepada PPD.

Walaubagaimanapun semua guru adalah diarahkn hadir ke sekolah. 

Senarai sekolah terlibat:

1.SK Pekan Bongawan
2.SMK Bongawan
3.SJKC Bong Hwa
4.SK Viging Ulu
5.SK Nyaris Nyaris
6.SK Mandahan
7.SK Pekan Kimanis
8.SMKA Limauan
9.SMK Benoni
10.SK Benoni
*sila hubungi pihak sekolah untuk check jika sekolah anda terlibat atau tidak.

JPN Sabah akan memaklumkan penutupan sekolah pada 5/4/2016(Selasa) jika perlu berdasarkan laporan daripada Jabatan Alam Sekitar. Sekian harap maklum

Sumber : berita RTM jam5

Related Posts

77 Buah Sekolah ditutup Kerana Jerebu di Papar, Kuala Penyu dan Beaufort, Sabah
4/ 5
Oleh