Telegram Nota & Soalan

Permohonan Lepasan SPM & STPM ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Permohonan Lepasan SPM & STPM ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Permohonan Lepasan SPM & STPM ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
SPM/STPM tiada A? 1A? 2A? 5A? 11A? Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ada sesuatu untuk semua:
1) Peneraju Tunas Potensi:
Sekurang-kurangnya 5A- (SPM) atau 2A- (STPM). Program untuk melanjutkan pendidikan ke Universiti bagi mereka yang dari isirumah berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.

2) Peneraju Skil Iltizam:
Tiada SPM pun boleh memohon! Kami usahakan dengan jaminan pekerjaan! Asalkan boleh membaca, mengira dan menulis. Program bagi mereka yang lebih cenderung ke arah skil/vokasional. Pendaftaran kini dibuka! Program-program yang ditawarkan termasuk Scaffolding, Seni Kulinari, Terapi Spa, PADI Divemaster, Juruteknik Perkapalan dan macam-macam lagi!

3) Peneraju Skil Juruteknik Pesawat Berlesen:
Sekurang-kurangnya C bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik. Program pensijilan Juruteknik Pesawat Berlesen (dengan peluang dinaiktaraf ke Jurutera Pesawat Berlesen). Peluang pekerjaan disediakan!

4) Peneraju Profesional Akauntan Muda (Kategori A):
Sekurang-kurangnya 5A SPM atau O Level: A untuk Matematik dan Bahasa Inggeris. Program untuk yang berminat menjadi Akauntan Bertauliah menerusi pensijilan CAT, ACCA dan Ijazah Sarjana Muda OBU.

Untuk memohon/mendaftar:
http://www.yayasanpeneraju.com.my/permohonan-dibuka.php?data-yayasan-peneraju=99

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera


Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.

Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan ini termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.


Hubungi Kami

Alamat pejabat:
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian am: +603-2727 9000
Faks: +603-2727 9090
Alamat E-mel:

Soalan umum: info@yayasanpeneraju.com.my
Karier bersama kami: careers@yayasanpeneraju.com.my

Related Posts

Permohonan Lepasan SPM & STPM ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
4/ 5
Oleh