Telegram Nota & Soalan

Pandangan Anda (GURU) : Perlukah Group WhatsApp Sekolah dibuat Khas Untuk Guru & Ibubapa?

Pandangan Anda (GURU) : Perlukah Group WhatsApp Sekolah dibuat Khas Untuk Guru & Ibubapa?
Pandangan Anda (GURU) : Perlukah Group WhatsApp Sekolah dibuat Khas Untuk Guru & Ibubapa?
“TERLUPA ada mesyuarat PIBG semalam.”

“Eh, kenapa tak beritahu sekolah tutup hari ini…”

“Alahai… tak sempat pos surat untuk ibu bapa. Esok cuti.”

“Alamak, hilang surat yang cikgu bagi.”

Itulah antara luahan dan keluhan kalangan guru, ibu bapa mahupun pelajar apabila maklumat tidak dapat disampaikan atau diterima dalam waktu yang diperlukan.

Perhubungan pihak sekolah dan ibu bapa sudah lama terpateri dalam satu bentuk permuafakatan yang disebut Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mesyuarat PIBG menjadi platform fizikal untuk memberi saranan, mencapai kata sepakat, dan memberi maklumat setahun sekali.

Selepas mesyuarat tersebut, maklumat atau pengumuman pihak sekolah diuar-uarkan melalui surat-menyurat atau kiriman melalui pelajar, selain berhubung dalam talian. Dengan adanya kecanggihan teknologi komunikasi melalui telefon pintar masa kini, ia dapat dimanfaatkan setiap pengguna untuk menyampaikan dan menerima mesej secara berkesan.

WhatsApp adalah antara aplikasi komunikasi yang popular dalam kalangan masyarakat hari ini, selain weChat, Facebook, Kakaotalk, Skype, Instagram, Pinterest dan Viber.

Isu GPSBestari kali ini mengetengahkan sejauh mana penggunaan grup WhatsApp sekolah dalam pengurusan komunikasi secara berkesan.

Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Redza Ahmad Kamarudin berkata, lazimnya grup WhatsApp sekolah diwujudkan oleh pihak PIBG untuk memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa berkomunikasi.

“Medium komunikasi melalui WhatsApp lebih cepat kepada penerima mesej pada masa yang dikehendaki. Namun jika terlalu banyak grup WhatsApp di sekolah contohnya grup guru, kelas, PIBG, dan pelajar, ia juga boleh mengelirukan.

“Oleh itu, pihak pentadbiran perlu selaraskan satu grup WhatsApp sekolah untuk menyalurkan maklumat atau makluman. Ibu bapa boleh mendaftarkan nama dengan pihak PIBG untuk menyertai grup tersebut,” katanya.

Ahmad Redza berkata, penggunaan grup mesej sekolah bukanlah satu kewajiban di setiap sekolah, sebaliknya ia merupakan inisiatif dalam penambahbaikan perhubungan komunikasi antara guru dan ibu bapa.

“Dengan adanya kemudahan medium komunikasi tersebut, pihak sekolah boleh menyebarkan pelbagai maklumat berkaitan sekolah, termasuk mesej segera seperti penutupan sekolah akibat jerebu.

“Bagaimanapun pihak admin (pengendali aplikasi komunikasi) yang terdiri daripada pihak PIBG dan sekolah, perlu bijak dan ada pendirian dalam mengendalikan grup tersebut.

“Contohnya, tugas admin mengawal maklumat yang tidak berkaitan sekolah seperti mempromosi produk jualan, membawa isu sensitif, mahupun luahan berbaur emosi.

“Golongan ibu bapa memainkan peranan besar dalam memberi respons serta bantuan yang diperlukan pihak sekolah untuk kebaikan anak mereka.

“Jika ada isu yang di luar kawalan PIBG, ibu bapa seeloknya menulis surat atau datang ke sekolah untuk berbincang,” katanya.

 Beliau berpendapat aplikasi komunikasi ini secara langsung dapat menjimatkan kos penghantaran surat termasuk setem, sampul, kertas, dan menjimatkan masa penghantaran maklumat. Malah mesej yang disampaikan melalui aplikasi komunikasi adalah tanpa had.

“Sebenarnya ada ibu bapa di bandar mahupun luar bandar yang tidak suka diganggu untuk menerima mesej tersebut.

“Ada juga kalangan guru kelas yang proaktif untuk mewujudkan grup mesej dengan pelajar dan ibu bapa.

“Walaupun aplikasi tersebut bukan sempurna tetapi ia dapat merapatkan jurang komunikasi dan mengeratkan perhubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya.  

Manfaat bersama

Pengerusi Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam ini berkata, penggunaan aplikasi komunikasi tersebut merupakan kaedah berkesan untuk komunikasi dua hala, selain surat pekeliling.

"Saya mendapati pendekatan grup mesej sekolah ini mampu mensifarkan jurang maklumat yang ingin disampaikan.

"Namun pihak kami sebagai admin perlu sentiasa menghantar maklumat terkini agar medium ini dilihat relevan.

"Sekiranya ada perkara yang berbangkit atau bantuan diperlukan, sama ada di pihak sekolah mahupun pihak ibu bapa, segala kekurangan tersebut dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Sarana Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam memberitahu maklumat yang dikongsikan dalam grup mesej sekolah adalah diterima daripada Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG dan barisan ahli jawatan kuasa PIBG sahaja.

"Ini merupakan langkah-langkah yang perlu diambil kira untuk menjaga kemaslahatan medium yang disediakan bagi kebaikan bersama. Pada masa sama, ahli sentiasa diberi peringatan mengenai peraturan tersebut.

"Kami mendapat kerjasama baik daripada pihak sekolah untuk melaksanakan grup mesej sekolah ini. Ternyata aplikasi komunikasi ini mampu memberi manfaat kepada pihak sekolah dan ibu bapa," 
ujarnya mengurus dan menubuhkan grup mesej tersebut di kedua-dua sekolah tersebut sejak 2012.  

Beliau memberi contoh kegunaan medium tersebut mengenai sumbangan kilat untuk membeli pasir, kem smart solat dan meja bankuet sebanyak 15 unit dapat dilakukan dalam tempoh dua hari.

Ternyata respons daripada pihak ibu bapa begitu menggalakkan dalam membangunkan sekolah sebagai tempat selesa untuk anak belajar.

Medium komunikasi dua hala

Trend menggunakan aplikasi grup mesej sekolah semakin mendapat sambutan ramai. Dengan ada medium komunikasi dua hala, ia boleh merapatkan perhubungan antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dana pelajar.

Kini kebanyakan sekolah di negara ini aktif menggunakan Sync School Messaging untuk menyampaikan mesej secara berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sync Lab Sdn Bhd, Zharif Sharif berkata, Sync School Messaging ialah aplikasi telefon pintar (mobile application) yang dibangunkan khas untuk pihak sekolah/PIBG berhubung dengan ibu bapa, pelajar dan guru dalam menyampaikan maklumat terkini dengan mudah dan berkesan melalui telefon bimbit.

"Kegunaan aplikasi ini dapat membantu pihak sekolah/PIBG dalam menyalurkan maklumat penting seperti pengumuman, peringatan, jadual peperiksaan, jemputan dan gambar terus ke telefon bimbit di mana jumlah mesej dan ahli tiada had.

"Pelajar, guru, ibu dan bapa disarankan untuk muat turun aplikasi ini bagi membantu mereka mendapatkan maklumat terkini berkaitan sekolah terus ke telefon bimbit melalui ‘Push-Notification’.

"Pengguna boleh maklum balas kehadiran fokus dalam enam aktiviti wajib yang dijalankan pihak sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG, Hari Bertemu Penjaga, dan Hari Sukan Sekolah.
Maklumat tersebut sangat berguna kerana membantu pihak sekolah dari segi persiapan bajet berdasarkan anggaran kehadiran yang diterima.

"Sync dilihat mampu menyelesaikan masalah surat pekeliling yang kerap kali tidak sampai ke tangan ibu bapa. Sekali gus dapat mengelakkan keciciran maklumat penting daripada pihak sekolah."

Berdasarkan kaji selidik dan maklum balas pelbagai pihak, kata beliau, terdapat permintaan pasaran untuk pihaknya bangunkan sebuah aplikasi yang dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah fokus dalam penyampaian maklumat kepada pihak ibu bapa, penjaga, guru dan pelajar dengan mudah dan berkesan.

Dengan Sync, ibu bapa sentiasa dapat mengikuti perkembangan semasa dan maklumat terkini berkaitan anak di sekolah yang dihantar terus ke telefon bimbit. Ini termasuk pengumuman penting, jadual dan keputusan peperiksaan, pencapaian sekolah dalam akademik dan kokurikulum.  

"Guru, pelajar, penjaga, dan ibu bapa disarankan untuk muat turun aplikasi Sync School Messaging di Play Store atau Apple Store secara percuma! Kini 10,173 sekolah di Malaysia ada di Aplikasi Sync, yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.

"Dengan adanya sokongan ibu bapa, penjaga, guru dan pelajar yang muat turun aplikasi Sync School Messaging di telefon bimbit mereka, ini membantu mempercepatkan proses pelaksanaan Aplikasi Sync di sekolah, tanpa sebarang kos. Untuk maklumat lanjut, boleh layari edu.sync.my.

"Antara impak ketara adalah peningkatan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan pihak sekolah dan PIBG. Ia  berjaya menambah dana PIBG melalui Sync, di mana sumbangan ibu bapa dan penjaga yang prihatin terhadap isu semasa berlaku di sekolah seperti baik pulih infrastruktur bangunan sekolah dan aktiviti pelajar."

Tambah beliau, Sync boleh dianggap sebagai pelaksana elemen kedua Komunikasi Berkesan di bawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, juga dikenali sebagai Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 Pandangan Anda (GURU) : Perlukah Group WhatsApp Sekolah dibuat Khas Untuk Guru & Ibubapa?

 [ Artikel Berkaitan : Kerana WhatsApp Kami Bercerai Isteri Curang Suami Liar ]
Sebagai pengguna aktif whatsapp, pastinya masing-masing tahu  akan situasi atau karenahnya. Bercakap tentang polisi? Syarat ketat? Etika? Rasanya itu semua masih gagal menghalang untuk ahli group whatsapp melakukan pelbagai perkara yang kurang menyenangkan seperti :

1. Luahan emosi.
2. Perkongsian bahan atau maklumat yang tiada kaitan dengan group.
3. Penyebaran gambar2 tidak menutup aurat.
4. Luahan perasaan.
5. Pertengkaran.
6. dan yang paling banyak rasanya ialah PROMOSI JUALAN.

Jadi, apa kata anda sebagai GURU atau IBU BAPA???

Related Posts

Pandangan Anda (GURU) : Perlukah Group WhatsApp Sekolah dibuat Khas Untuk Guru & Ibubapa?
4/ 5
Oleh