Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet

Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet
Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet

Assalamualaikum.Jom Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet!

Kekangan dan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri

Hari ini SGO tergerak hati untuk berkongsi maklumat yang menarik iaitu mengenai telefon. Pada 2016 ini, boleh dikatakan semua orang sudah mempunyai telefon pintar dan pastinya faham dan mengalami masalah seperti telefon cepat habis bateri, telefon mudah panas dan masalah data internet yang tidak cukup gara-gara sentiasa habis tanpa kawalan.

Jadi, hari ini mari kita sama-sama update dan belajar tentang antara punca berlakunya masalah tersebut. Punca masalah ini berlaku biasanya disebabkan oleh MOBILE DATA/ PAKET DATA INTERNET yang sentiasa di on kan dan “settings” beberapa aplikasi yang tidak di ubah settingnya iaitu seperti whatsap, wechat, facebook, telegram dan juga play store google.

Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet

Cara Setting Telefon untuk Jimatkan Bateri

Jadi mari kita lihat satu-satu cara atasi atau cara mengubah setting applikasi ini.

Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet
Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet

1. Facebook

(a) Buka setting aplikasi
(b) Pilih “video-play”
(c) Pilih “off-wifi only”
(d) Done.

* Penukaran setting ini bermaksud mulai saat ini, sekiranya anda membuka facebook dan terjumpa video maka video itu tidak auto play tetapi sebaliknya memerlukan wifi untuk auto play.

Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet 1
Selesaikan Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet 1

2. Telegram

(a) Buka setting aplikasi
(b) Pilih “when using mobile data”
(c) UNTICK semua
(d) Done

* Ini bermaksud sekiranya anda menggunakan mobila data, telefon anda tidak akan melakukan senarai yang di untick tadi secara automatik. Ini benar-benar menjimatkan bateri, menjimatkan paket data dan juga telefon lambat panas kerana tidak memproses terlalu banyak kerja.

3. Play Store Google

(a) Pilih setting
(b) Cari “auto update apps”
(c) Pilih “auto update apps over wifi only”
(d) Done

* Sebenarnya aplikasi di telefon kita biasanya akan di update oleh pengusahanya pada satu-satu masa tertentu. Ini bermaksud sekiranya ada update terbaru dari mereka, maka telefon kita tidak akan auto update aplikasi ini. Cuba bayangkan jika saiz update aplikasi ini sebesar 100mb atau 1gb. Sekali update terus habis data internet 1gb anda. Sekarang baru tahukan?

4. Whatsapp

(a) Pilih setting
(b) Pilih “chat setting”
(c) Cari “media auto download”
(d) Pilih “when using mobile data”. Untick semua
(e) Done

* Whatsapp satu aplikasi yang mungkin sudah menjadi kewajipan terutama apabila mempunya group-group penting seperti group kerja dan sebagainya. Dalam sehari mungkin sampai 100 gambar yang dihantar di dalam group whatsapp dan cuba anda bayang selama 10 hari sudah 1000 gambar anda download tanpa sedar yang bukan sahaja memenantkan untuk di delete kerana memakan saiz memori yang besar, malah membazirkan paket data internet anda. Itu baru gambar, belum video lagi. Jadi????? Mengapa tidak ubah sekarang.

Ubah setting dan anda jimat bateri, jimat paket data, tidak penat delete gambar dan video, dan telefon anda juga insyaAllah lambat panas.

Semoga bermanfaat. Tolong share supaya lebih ramai tahu tentangnya.

Atasi Masalah Telefon Cepat Habis Bateri, Mudah Panas & JIMATKAN Data Internet

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati