Telegram Nota & Soalan

CIRI-CIRI KEINDAHAN DALAM TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU

Antara ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu adalah keindahan dalam mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam seloka mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar.
 Selain itu, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras ini pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu klasik. Penzahiran kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam hasil-hasil karya tersebut.
 Seterusnya, keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu.
 Disamping itu, keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada penglahiran rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu. Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah. Ciri yang terakhir adalah keindahan yang asli. Teras ini membincangkan setiap hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair. Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir.

Related Posts

CIRI-CIRI KEINDAHAN DALAM TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU
4/ 5
Oleh