Telegram Nota & Soalan

SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

Assalamualaikum

Seperti yang kita tahu, pihak KPM telah memperkenalkan pelbagai sistem baru dalam sistem pendidikan kita terutamanya yang melibatkan sistem online. Hal ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan memastikan pendidikan di negara kita mempunyai satu sistem yang berstruktur.

Namun begitu pelbagai halangan terpaksa dilalui guru-guru yang perlu melakukan pelbagai perkara. Jadi, disini salah satu masalanya ialah terlalu banyak sistem online dan terlalu banyak ID, dan PASSWORD (kata laluan) yang perlu diingat oleh guru-guru.
Maka lahirlah satu sistem baru yang dipanggil SSO.


Apa itu SSO?


1.0 Pengenalan


1.1 Definisi SSO 

Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 


1.2 Objektif 

Objektif SSO adalah untuk:

membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran 
akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password

1.3 Kumpulan pengguna 

Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor  kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini. KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

1.4 URL SSO

URL untuk SSO KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php


1.5 Maklumat penting bagi penggunaan SSO

a) Pengguna boleh mendaftar masuk melalui eOperasi, eMIS dan APDM.

b) SSO sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox  atau Internet Explorer versi 10 dan resolusi skrin 1024 x 768 pixels

c) Mohon pastikan pengguna log out (log keluar) dari modul-modul setelah  masuk ke modul-modul tersebut (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain)

d) Mohon juga log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah menggunakan perkhidmatan ini. (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain)


2.0 Cara DAFTAR & Log In

Log IN -> https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM




3.0 Sistem Yang Boleh Melalui SSO






Related Posts

SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
4/ 5
Oleh