Telegram Nota & Soalan

Gores Tangan! Trend Baru Sekolah Rendah Menular Perlu Perhatian


Siapa sangka seawal tahun sekolah rendah sudah mempunyai trend seperti ini! Gores tangan anda menggunakan duit syiling atau benda lain sehingga rosak kulit dan meninggalkan parut barulah di panggil ANAK JANTAN.

Pihak SGO sangat terpanggil berikutan menerima WHATSAPP mengenai situasi ini dan hal ini pelru diketengahkan untuk perhatian ibu bapa dan kementerian. Mari kita lihat whatsapp yang pihak SGO terima hari ini.

Ibubapa yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah dalam tahun 3, 4, 5 & 6 sila pantau anank-anak masing.
Ada pihak memaklumkan bahawa sekarang menular satu trend nak tunjuk siapa anak JANTAN dengan cara menggores belakang tapak tangan dengan duit syiling atau benda lain hingga tinggalkan kesan parut.
Pelajar lelaki akan cabar mencabar sesama mereka.
Sesiapa yang tiada tanda tersebut akn ditempelak sebagai bukan anak JANTAN!!!
Sebilangan besar anak murid yang telah dikesan mempunyai tanda tersebut!!! Juga kegiatan menghisab syisa sangat membimbangkan. Awasilah anak dan cucu kita agar tidak terlibat dgn budaya tersebut.
 Allahu'alaam.



Hal ini perlu di pandang serius jika benar. Harapnya ianya tidak benar kerana keadaan seperti ini membuktikan ada masalah disiplin dan trend yang serius di kalangan murid kita di sekolah. Semoga ada pihak dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan melakukan operasi besar-besaran dengan mengeluarkan arahan kepada semua sekolah di Malaysia untuk membuat pemeriksaan menyeluruh agar dapat membuktikan perkara ini tidak benar.

Namun jika benar-benar wujud, diharap ianya dapat diatas segera supaya budak kuning seperti ini tidak melarat dan merosakkan agama dan anak bangsa kita.

Related Posts

Gores Tangan! Trend Baru Sekolah Rendah Menular Perlu Perhatian
4/ 5
Oleh