Telegram Nota & Soalan

Elak Anak Anda Tercicir! Bantu Anak 6 Tahun ke Bawah Cepat Membaca

Assalamualaikum.

Bagaimana Anak Mudah Boleh Membaca & Mengira

Pasti ramai ibu bapa akan sedih jika anak-anak yang masuk ke alam persekolahan masih tidak dapat membaca. Kebanyakkan murid tahun 1 sekarang semuanya sudah pandai membaca dan jangan kata anak-anak yang di taska/ tadika/ pra sekolah boleh sudah boleh membaca malah yang belum masuk  taska/ tadika/ pra sekolah pun sudah ada yang pandai membaca.

Bagaimana ini berlaku?

Dengan kecanggihan teknologi, ramai ibu bapa yang cakna akan pendidikan anak-anak dan HOME SCHOOLING atau pembelajaran di rumah itu sudah ramai mempraktikkannya. Dari sini, ramai anak-anak kecil sudah boleh membaca dan mengira.

Namun, bagaimana pula dengan anda???

Mahu anak anda ketinggalan? Masuk tahun 1 terus masuk kelas belakang? Apa terjadi jika mereka berkawan dengan kawan-kawan yang lemah atau sederhana?

Saya tiada ambil keuntungan untuk promote aplikasi-aplikasi ini. Mereka tidak bayar 1 sen pun. Tetapi sekadar ingin berkongsi demi kejayaan anak-anak kita. Semoga ada ibu bapa yang sedar kepentingan belajar membaca di awal usia.


p/s: Sila download 2 aplikasi dibawah. Ianya dari owner yang berbeza kalau tak salah saya dan jika anda mempunyai aplikasi cadangan lain yang bagus, sila emailkan kepada pihak SGO di sistemguruonline@gmail.com.
last... Pastikan anak-anak disediakan dengan Tablet yang SCREEN BESAR supaya senang mereka lihat.. Untuk selamat, pergi pasang Sceen Protected untuk elak/ kurang risiko screen pecah (RM30 sahaja kot). Dan pasanglah Casing tahan lasak (RM30 sahaj kot). Barulah jimat kos, anak-anak seronok belajar, ibu bapa bahagia lihat anak-anak pandai. :)


1. Belajar Membaca (Malay) - Lite


DOWNLOAD : Belajar Membaca (Malay) Lite

Siri Belajar Membaca (versi Lite) dihasilkan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran huruf-huruf dalam Bahasa Melayu. Pengajarannya yang berpusatkan kanak-kanak ini dipersembahkan dalam bentuk sistematik supaya kanak-kanak dapat membunyikan dan menuliskan huruf-huruf A (a) hingga Z (z); membunyikan suku kata terbuka ‘KV’ dan membunyikan suku kata tertutup ‘KVK’. Siri Belajar Membaca juga disertakan dengan latihan pengukuhan yang menguji kemahiran menyebut huruf dan mengenal suku kata dalam kalangan kanak-kanak.


Kandungan:
- Pelajaran 1: Menamakan, membunyikan dan menuliskan huruf vokal (V)
- Pelajaran 2: Menamakan dan menuliskan huruf konsonan (K)
- Pelajaran 3: Membunyikan suku kata terbuka ‘KV’
Versi penuh apps ini merangkumi suku kata tertutup ‘ng’, diftong ‘KVV’, vokal berganding, digraf, konsonan bergabung, imbuhan, petikan dan 15 set latihan pengukuhan. Jumlahnya 14 pelajaran dan 167 aktiviti.
Ciri-ciri:
- Perkataan dan ayat ditulis dengan dua warna bagi memudahkan pelajaran
- Audio jelas dan berkualiti
- Grafik menarik
- Pelbagai aktiviti ulang kaji (tampil secara rawak)
- Murid perlu menguasai sesuatu pelajaran sebelum beralih ke pelajaran yang seterusnya
Gambar




2. Belajar Membaca - BM. Didik Manja


Belajar Membaca - BM ( Bahasa Melayu )
Setelah mengenal huruf ABC, Didik Manja menyediakan aplikasi yang membantu anak anda belajar membaca dengan suku kata di peringkat awal. Pengenalan kepada huruf vokal turut disertakan bersama.
(versi Bahasa Melayu / Malaysia)
Gambar 





Related Posts

Elak Anak Anda Tercicir! Bantu Anak 6 Tahun ke Bawah Cepat Membaca
4/ 5
Oleh