Telegram Nota & Soalan

Facebook DGUG : Dari Guru Untuk Guru Satu Medium Sosial Guru Terbaik

Facebook DGUG : Dari Guru Untuk Guru Satu Medium Sosial Guru Terbaik
Facebook DGUG : Dari Guru Untuk Guru Satu Medium Sosial Guru Terbaik

Facebook DGUG sepertinya tidak asing lagi kepada hampir setiap guru di Malaysia. Disinilah pelbagai suka duka guru dikongsikan bersama guru untuk sama-sama bantu membantu sama ada dari segi profesional keguruan mahupun sosial.

Dari Guru Untuk Guru [DGUG], Dari Tangan Jatuh ke Hati [DTJkH]

Begitulah sinonimnya DGUG yang banyak menjadi satu medium guru-guru berkumpul untuk berkongsi idea, meminta nasihat, berkongsi masalah murid, dan pelbagai lagi. Antara yang jelas, sama ada sengaja atau tidak, sama ada dirancang atau tidak, DGUG jelas telah merubah dunia sosial guru-guru dan dilihat sangat positif.

Antara yang jelasnya ialah :

1. Perkongsian pelbagai bahan P&P seperti RPT, RPH, ABM, DSKP, dan pelbagai lagi.
2. Perkongsian idea untuk mengatasi masalah dalam bilik darjah bagi meningkatkan kualiti P&P.
3. Perbincangan isu semasa alam pendidikan yang profesional dikala tiada yang pencetus kontroversi.
4. Perbincangan masalah disiplin murid-murid serta pelbagai cara untuk diatasi.
5. Tempat bersosial para guru berkongsi suka duka kehidupan bergelar guru, suami, isteri, anak, jiran dan pelbagai lagi.

Jelas, DGUG sangat membantu guru-guru terutamanya untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Sekali lagi SGO mengucapkan TAHNIAH kepada DGUG dan kepada ahli DGUG teruskan aktif di DGUG kerana ianya membantu kita dalam meningkatkan pengetahuan am serta menjadikan kita lebih peka terhadap pelbagai isu pendidikan dan isu semasa.

Jadilah guru yang seimbang dari segi JERIS dan mantapkan kesatuan guru seperti badan profesional yang lain.

TAHNIAH DGUG dan para GURU!!

Facebook DGUG : Dari Guru Untuk Guru Satu Medium Sosial Guru Terbaik ditulis oleh EduWeb SGO

Related Posts

Facebook DGUG : Dari Guru Untuk Guru Satu Medium Sosial Guru Terbaik
4/ 5
Oleh