Telegram Nota & Soalan

Tamadun Islam dan Tamadun Asia | PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM


Berdasarkan kefahaman saya, Tamadun Islam ialah tamadun yang bertitik pusatkan kepada tiga konsep asas iaitu konsep manusia, konsep masyarakat serta konsep sejarah.

Bagi konteks manusia ,antara persoalan pokok adalah “Dari mana kita datang?”, “Kenapa kita didatangkan?” “Dan kenapa kita akan pergi?” Sebenarnya, jawapan keapad soalan-soalan seperti inilah yang akan membawa kepada pembentukkan tamadun tersendiri. Antara perkara penting yang ditekankan ialah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sbagai seorang makhluk dalam kehidupan di dunia ini. Konsep manusia di dalam Tamadun Islam membawa pengertian yang mendalam. Hal ini dapat dikatakan bahawa manusia merupakan punca kepada penciptaan alam atau dengan pengertian yang lain, Allah S.W.T. hendak menjadikan manusia, maka menyebabkan alam ini diciptakan. Manusia merupakan makhluk yang sempurna kerana manusia mempunyai akal fikiran dan tanggungjawab menjadi khalifah Allah S.W.T di muka bumi.

Seperti yang diketahui, Al-Quran merupakan sumber rujukan yang penting dalam melihat asal-usul kejadian manusia dan sudah pastinya berbeza dengan teori dan pandangan yang dikemukakan oleh Charles Darwin (1802-1889) yang menyatakan manusia lengkap itu terbentuk hasil dari perkembangan secara evolusi yang berasal dari beruk atau monyet dan secara beransur-ansur menjadi manusia. Secara amnya manusia diciptakan melalui setitis air mani. Kemudian terjadinya segumpal darah dan secara beransur-ansur kejadian manusia terbentuk.

Kehidupan manusia sebenarnya mempunyai dua unsur utama iaitu jasmani dan rohani. Kedua-dua aspek ini dikenali sebagai fitrah manusia. Dari sudut jasmaninya, manusia memerlukan perkara-perkara asas dalam kehidupan termasuklah pakaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Dari sudut rohani pula, manusia memerlukan sesuatu sebagai pegangan dan dari sudut ini agama merupakan sumber pegangan yang paling asas.
Konsep masyarakat di dalam tamadun Islam pula terbahagi kepada tiga iaitu hak untuk hidup, hak untuk bebas, maruah dan hak peribadi. Nilai diri dan nama baik seseorang tidak boleh dijatuhkan dan setiap individu tidak dibenarkan mencari keburukan orang lain dengan tuuan untuk menjatuhkan maruah dan harga diri. Selain maruah, hati dan perasaan seseorang juga merupakan hak peribadunya yang tidak boleh diganggu atau disakiti.

Konsep masyarakat ini telah menjadi asas dalam Tamadun Islam yang menyatakan bahawa bukan sahaja hak individu yang harus dihargai, malah seseorang itu juga harus bebas dalam melahirkan pendapat atau dalam konteks yang lebih luas, sesuatu bangsa bebas untuk mewujudkan kedaulatan bangsanya. Walaubagaimanapun, kebebasan ini haruslah berada di dalam lingkungan syariat Islam dan bukanlah kebebasan mutlak yang tidak ada garis sempadan.

Tamadun Islam telah melahirkan idea mengenai ummah atau jemaah Islam di mana kerjasama serta bantu-membantu menjadi pendokong yang paling penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat dan tamadun yang agung. Walaubagaimanapun, tamadun Islam masih juga memberi ruang yang besar serta kebebasan kepada kalangan anggota masyarakatnya yang bukan Islam. Masyarakat Islam boleh ditakrifkan sebagai kelompok manusia yang hidup dalam lingkungan kebudayaan Islam dan dianggap oleh kelompok tersebut sebagai kebudayaan. Konsep masyarakat Islam bukan tumbuh dari pengalaman, pengetahuan, penemuan atau perkembangan pemikiran manusia, namun ia diturukan sebagai wahyu melalui Nabi Muhammad S.W.T.

Kepentingan sejarah dalam Tamadun Islam adalah sangat jelas. Misalnya sebahagian dari ayat-ayat Al-Quran merupakan peristiwa-peristiwa sejarah. Kepentingan serta keagungan sejarah ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan fitrah manusia seperti sifat marah, lupa dan sebagainya. Sejarah manusia dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad S.W.T telah dikupas di dalam Al-Quran. Malahan Al-Quran juga berfungsi sebagai satu ‘dokumen’ sejarah yang mencatatkan berbagai peristiwa yang tidak dapat diketahui oleh manusia secara tepat. Kisah-kisah daripada Al-Quran merupakan kisah sejarah yang tepat, benar dan mengandungi pengajaran-pengajaran yang tertentu.

Related Posts

Tamadun Islam dan Tamadun Asia | PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM
4/ 5
Oleh