Telegram Nota & Soalan

Pengenalan Tamadun Islam dan Tamadun Asia


PENGENALAN

Ibnu Khaldun menakrifkan bahawa tamadun dari perspektif Islam bermaksud kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya.Mengikut Arnold Toynbee pula, beliau telah menakrifkan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran.

Kandungan tamadun sebenarnya paling minimum mempunyai 6 ciri asas iaitu masyarakat yang mempunyai kehidupan di bandar dan mereka mempunyai sistem pemerintahan dan kerajaan sendiri. Selain itu, sesuatu tamadun juga perlulah mempunyai bahasa dan sistem tulisan yang tersendiri seperti tamadun China yang mempunyai tulisan hanzi, dan sebagainya. Sesebuah tamadun juga perlulah mempunyai sistem perundangan tersendiri dimana sebagai contohnya Tamadun Islam mempunyai undang-undang tersendiri yang berasaskan “al-quran”.

Sesuatu tamadun juga perlulah mempunyai agama dan sistem kepercayaan masing. Sebagai contohnya, Tamadun India mempunyai agama tersendiri iaitu agama budha yang diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang dikenali sebagai Gautama Buddha oleh pengikut-pengikutnya. Sesuatu tamadun juga perlu mempunyai sitem pekerjaan iaitu pengkhususan dalam pekerjaan. Pekerjaan ini akan menjamin perkembangan tamadun tersebut.


SUMBER RUJUKAN

Azhar Hj Mad. Aros.(2004): Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

Lok Chong Hoe (1998): Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. USM Pulau Pinang.

Mohd. Liki Hamid. (2002): Pengajian Tamadun Islam: Sejarah, Pencapaian dan Masa Depannya. PTSPublications & Distributor Sdn. Bhd.

Osman Bakar dan Cheng Gek Nai (ed.) (1977): Islam and Confucianism: A Civilization Dialogue. University of Malaya Press. Kuala Lumpur.

Tan, Chee-Beng. 1988. The Baba of Melaka: Culture and Identity of a Chinese Peranakan Community in Malaysia. Penerbitan Pelanduk Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

Zulkifli Mohamad, Nasruddin Yunos, Mohamad Sabri Haron. (2006): Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.

Related Posts

Pengenalan Tamadun Islam dan Tamadun Asia
4/ 5
Oleh