Telegram Nota & Soalan

Laporan Seni dan Kreativiti dalam Matematik

LAPORAN
PROGRAM SENI DAN KREATIVITI DALAM MATEMATIK
( FIBONACCI NUMBER IN NATURE )

1. 0 PENDAHULUAN
Program Seni dan Kreativiti dalam Matematik merupakan satu program yang melibatkan guru-guru pelatih daripada semester 4 yang dikendalikan oleh Persatuan Matematik (PERMATE) Institut Perguruan Guru Kampus Kota Bharu Program ini dapat memberikan pendedahan dan kesedaran tentang Matematik dengan kehidupan sebenar kepada guru pelatih. “Fibonacci Number in Nature” merupakan satu program untuk memberi pendedahan asas berkaitan dengan pola nombor dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, ilmu Matematik diintegrasikan dalam aktiviti yang telah dirancang iaitu melalui pengumpulan data. Pengintegrasian ini dapat menjadikan pembelajaran menarik,bermakna dan menyeronokkan.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan insan yang menghargai dan menghayati seni dan kreativiti dalam Matematik sekalius meningkatkan kesedaran tentang kepentingannya. Proram ini dapat menghubungkaitkan antara nombor Fibonacci dengan kehidupan alam sekitar. Selain itu, program ini juga dapat mendekatkan pelajar dengan pengetahuan asas nombor Fibonacci ini semasa aktiviti dijalankan. Melalui program ini, pelajar akan lebih cenderung dan berminat untuk mempelajari mata pelajaran Matematik.

2.0 TARIKH, HARI DAN MASA
TARIKH : 18 September 2011
HARI : Ahad
MASA : 7.45 pagi – 10.45 pagi
3.0 TEMPAT
Dewan Terbuka, Blok N, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

4.0 BILANGAN PESERTA, JURULATIH, PEGAWAI
Program yang melibatkan guru pelatih Matematik 1 dan Matematik 2 semester 2 seramai 40 orang. Pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Mahany bin Awang dan En Ahmed bin Suleman juga turut hadir dalam program ini bagi memastikan perjalanan program berjalan secara sempurna dan lancar. Selain itu, kehadiran Tn Haji Mohd Noor dari unit Gerko juga telah memeriahkan lagi program ini.

5.0 PROSEDUR DAN JADUAL KERJA
Sebelum program Seni dan Kreativiti dalam Matematik ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, pembentukan ahli jawatankuasa kerja dan kecil dibentuk terlebih dahulu. Selepas melakukan beberapa pertemuan dan perbincangan, kertas kerja kemudiannya disiapkan bersama-sama dengan ahli kumpulan kami iaitu Fatimah Zahrah, Nuratikah, Aizat dan saya. Setelah kertas kerja mendapat kelulusan daripada pihak atasan, maka program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Setiap ahli kumpulan kemudian menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan jawatan yang telah diberi.

6.0 TETAMU DAN DIF YANG HADIR
Antara tetamu dan dif-dif yang hadir bagi memeriahkan program ini ialah Ketua Jabatan Matematik, Puan Mahany bin Awang dan pensyarah Matematik, Encik Ahmed bin Suleman. Selain itu, program turut dihadiri oleh rakan-rakan guru pelatih yang lain terdiri daripada pelbagai opsyen terutamanya daripada opsyen Matematik.

7.0 JAWATANKUASA KERJA DAN JAWATANKUASA KECIL
Berikut adalah senarai jawatankuasa yang dipilih:
PENGARAH PROGRAM : Azizi bin Safiai
TIMBALAN PENGARAH PROGRAM : Syarifah Munirah binti Tuan Baru
SETIAUSAHA PROGRAM : W Nur Shaidah binti W Razali
NAIB SETIAUSAHA : Wan Muhammad Anas bin Zambri
BENDAHARI PROGRAM : Noorshida Hidayah binti Othman
AHLI JAWATANKUASA KERJA
PENGANGKUTAN : Ariff bin Aripin
Muhamad Aizat B Lukman
PERALATAN : Mohamad Fahmi B Zamri
: Ahmad Faiz B Ashari
BUKU PROGRAM : Rosenani binti Yusoff
: Fatimah Zahrah binti Mahamud
PERSEGARAN : Mohd Syazwan bin Mansur Mutulili
: Mohd Mursyidi bin Yahaya
KEBAJIKAN/KESELAMATAN : Nasuha bt Ibrahim
: Norhatikah Bt Abdullah
CENDERAHATI DAN HADIAH : Siti Fatimah Bt Jaffar
: Nor Afifah Bt Mazlan
HUBUNGAN LUAR : Mohd Afizi B Md.Ali
: Izzat Syahir B Mohd Ramli

8.0 ATUR CARA DAN AKTIVITI
Pada jam 10.00 pagi semua peserta telah berkumpul di dataran terbuka dan setelah semuanya hadir barulah 1 taklimat ringkas mengenai program ini dibuat. Kemudian, secara berperingkat, kami telah membuka Fibonacci Number’s booth untuk menerima kehadiran para peserta. Di sana, kami telah membuat penerangan tentang pengenalan Fibonacci Number, pameran bahan-bahan Fibonacci Number dan beberapa permainan yang menyeronokkan.

9.0 KEWANGAN
Sumber kewangan yang kami perolehi adalah daripada tabung persatuan sebanyak RM 50.00 dan yuran penyertaan sebanyak RM 60.00. Keseluruhan kos yang digunakan adalah sebanyak RM 110.00 merangkumi makanan peserta dan hadiah. Alatan-alatan pula telah disediakan oleh pihak penganjur.

10.0 LAPORAN JAWATANKUASA KECIL
Jawatankuasa kecil terdiri daripada pengarah program (pengerusi), timbalan pengarah (naib pengerusi), setiausaha dan bendahari serta ahli jawatankuasa kerja yang lain seperti AJK Buku program dan banyak lagi. Pengerusi bertindak menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat jawatnkuasa, berhak menberi undi pemutus dalam mesyuarat, boleh memanggil mesyuarat pada bila-bila masa dan mengawasi jawatankuasa. Selain itu, pengerusi juga menjadi pemantau dan penyelaras semua aktiviti serta merupakan perancang utama program. Naib pengerusi pula mangambil alih tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi, membantu dan mengganti tugas-tugas pengerusi jika diminta.
Antara tugas setiausaha pula adalah menyimpan rekod dan surat mesyuarat rasmi, rekod kewangan umum, menjadi pencatat mesyuarat, sedia dan edar minit mesyuarat, mengurus hubungan, wakil mana-mana perjumaan luar, menjadi pemantau dan penyelaras sebarang aktiviti selain menyelia dan mengawasi bilik urusetia. Bendahari pula bertanggungjawab menyelia dan mengawasi hal-hal berkaitan kewangan. Jawatankuasa kecil bertindak menjadi agen penghubung antara ahli majlis tertinggi dan membantu semua tugas jika dilantik.

11.0 MAKLUM BALAS
Selepas membuat pameran, penerangan dan permainan mengenai nombor fibonacci ini, kami dapati bahawa para peserta sangat seronok dan berjaya memahami apa yang telah kami sampaikan. Ini membuktikan kesedaran tentang nombor fibonacci yang unik ini telah mula disedari oleh para peserta. Secara keseluruhannya, pameran ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada setiap peserta. Mereka kelihatan berminat untuk mempelajari berkaitan dengan bahan bantu mengajar untuk subjek Matematik. Selepas pameran, semua peserta telah diraikan dengan sedikit jamuan ringan.

12.0 KEKUATAN
Hakikatnya, Program Seni dan Kreativiti Origami telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Kami sebagai penganjur berasa sangat gembira dan bertuah kerana berjaya menganjurkan program ini sebagaimana yang telah dirancang. Antara kekuatan utama program ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna adalah hasil daripada kolaborasi dan komitmen yang tinggi daripada AJK Pelaksana yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Selain itu, melalui perbincangan dengan para pensyarah pembimbing juga telah dapat memberikan pendedahan kepada kami untuk merancang, melaksana dan menguruskan program ini dengan jayanya. Hasil pelaksanaan Program Seni dan Kreativiti ini, kami telah dapat mempelajari untuk melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat kerja berpasukan dan amanah. 
Selain itu, sepatutnya kami selitkan sedikit info atau maklumat tentang 1M1S iaitu Dasar 1 Murid 1 Suka yang sangat menepati aktiviti kreativiti dalam matematik. Selain belajar, murid-murid boleh bersukan kerana dalam suka ada unsur-unsur matematik yang boleh diselitkan. Boleh baca artikel ini di 

13.0 KELEMAHAN
Namun begitu, terdapat juga kelemahan dan masalah yang timbul sepanjang program ini dilaksanakan.Antaranya adalah masalah kekangan masa yang agak suntuk. Pada ketika kami mengendalikan program ini, kami juga telah dibebani tugasan kerja kursus lain yang agak banyak. Oleh itu, persediaan untuk mengendalikan program ini adalah kurang memuaskan. Akibatnya, terdapat sedikit kekalutan telah timbul ketika proses persediaan tempat, pendaftaran peserta dan juga pengurusan pameran. Keadaan ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi proses kelancaran program.

14.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Justeru itu, jika diberikan peluang penambahbaikan program ini, kami ingin memperbaiki beberapa kelemahan terutamanya dalam aspek pengurusan dan pembahagian tugas yang agak kurang sistematik. Ini kerana, semasa program ini berlangsung terdapat sedikit kekalutan terutamanya ketika sesi pameran origami dilaksanakan. Kami sepatutnya menguruskan masa dengan lebih terancang agar sesi pameran menjadi lebih menarik dan teratur. Aspek pengurusan dan pembahagian tugas yang terancang sebenarnya dapat memastikan sesuatu program dapat disempurnakan dengan baik dan lancar.

15.0 PENUTUP
Sesungguhnya, Program Seni dan Kreativiti Origami telah berjaya mencapai objektif seperti yang kami harapkan. Kesimpulannya, program yang telah kami tempuhi ini banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan. Ini kerana, program ini telah dapat meningkatkan jati diri dan pengetahuan kami dalam pelbagai aspek khususnya dalam aspek kemahiran pengurusan, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Diharapkan juga kami dapat mengaplikasikan segala nilai-nilai positif dan pengalaman berharga yang diperoleh dalam program ini ketika menjadi guru yang sebenar kelak.

Related Posts

Laporan Seni dan Kreativiti dalam Matematik
4/ 5
Oleh