Telegram Nota & Soalan

KEPENTINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Langkah dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.
2. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam pengajaran dan pembelajaran:
a. Ciri-ciri guru
b. Gaya pembelajaran pelajar
c. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
d. Bahan pengajaran dan pembelajaran
e. Nilai-nilai murni
f. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

3. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam pengajaran dan pembelajaran seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.

Related Posts

KEPENTINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4/ 5
Oleh