Telegram Nota & Soalan

JENIS-JENIS BILIK DARJAH, PENYUSUNAN FIZIKAL DAN ORGANISASI SUMBER PEMBELAJARAN

BILIK DARJAH TRADISI

Diwujudkan sebelum KBSR dan KBSM
Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
Setiap baris murid duduk bersebelahan
Susunan fizikal agak rigid.
Bersesuaian dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu penglibatan
murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran tidak digalakkan.
Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil kerja murid atau bahan
pengajaran-pembelajaran yang lain.
Suasana ini tidak mendorongkan proses pengajaran-pembelajaran.


BILIK DARJAH KBSR

KBSR menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.-penyertaan
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat digalakkan.
Program pendidikan pemulihan diperkenalkan bagi membantu murid-murid lemah dan program pengayaan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-murid.
Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan.
Saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid-murid.
Bentuk meja segi empat diubah menjadi bentuk trapezium.
Ruang-ruang pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.


Bilik darjah KBSM

Untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya
menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, suasana bilik darjah KBSM yang menggalakkan murid yang aktif serta kerap berinteraksi antara meja dan kerusi..
Susunan meja dan kerusi hendaklah berbentuk kumpulan.
Kumpulan-kumpulan seperti ini memudahkan guru membantu murid yang lemah
dalam pelajaran.


BILIK DARJAH TERBUKA

Suasana bilik darjah dan pengajaran secara seluruh kelas adalah pada peringkat
minimum, murid-murid dibenarkan untuk mengkaji sesuatu mengikut minat masing-masing.
Murid-murid digalakkan untuk merancang sebahagian pembelajaran mereka yang
berkaitan dengan pengajaran berpasukan dan ‘pelan terbuka’.


BILIK DARJAH PRASEKOLAH

Reka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan serta merangsangkan kanak-kanak.
Suasana yang memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru dengan kanak-kanak.
Terdapat dua jenis bangunan prasekolah
a) Bilik-bilik serba lengkap atau self-contained di mana melengkapi pelbagai jenis peralatan pembelajaran.
b) Corak terbuka di mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang pembelajaran
tertentu.

Related Posts

JENIS-JENIS BILIK DARJAH, PENYUSUNAN FIZIKAL DAN ORGANISASI SUMBER PEMBELAJARAN
4/ 5
Oleh