Telegram Nota & Soalan

Contoh Refleksi Program Seni dan Kreativiti dalam Matematik

PROGRAM SENI DAN KREATIVITI DALAM MATEMATIK
Semester 6
FIBONACCI NUMBER IN NATURE
Refleksi Program Seni dan Kreativiti dalam Matematik
Disediakan oleh : RAHSIA
Pada 18 Septermber 2011 yang lepas, kami seramai 40 orang pelajar PISMP Matematik 1 dan Matematik 2 Semester 6 telah menjalankan program Seni dan Kreativiti dalam Matematik yang telah berlangsung di dewan terbuka bangunan NN.
Bagi mengadakan program seni dan kreativiti dalam matematik ini, AJK tertinggi dan ahli persatuan telah beberapa kali berjumpa dan membuat kolaborasi dengan pensyarah pembimbing iaitu Puan Mahany bin Awang dan En Ahmed bin Suleman. Semua ini adalah untuk memastikan bahawa semua persiapan yang sepatutnya kami lakukan sebelum program berjalan telah disiapkan dengan sempurna. Kami juga telah berhubung dengan pelajar matematik 1 dan 2 semester 2 untuk berbincang mengenai program ini dan alhamdulillah, mereka telah bersetuju untuk sama-sama menjayakan program ini.
Pada jam 10.00 pagi semua peserta telah berkumpul di dataran terbuka dan setelah semuanya hadir barulah 1 taklimat ringkas mengenai program ini dibuat. Kemudian, secara berperingkat, kami telah membuka Fibonacci Number’s booth untuk menerima kehadiran para peserta. Di sana, kami telah membuat penerangan tentang pengenalan Fibonacci Number, pameran bahan-bahan Fibonacci Number dan beberapa permainan yang menyeronokkan.
Pada bahagian penerangan mengenai pengenalan nombor fibonacci, saya telah ditugaskan untuk mengambil bahagian ini. Saya menggunakan gambar dan carta berwarna-warni untuk menarik minat peserta bagi mengikuti penerangan ini. Antara yang menarik mengenai penerangan yang saya berikan ialah pengenalan fibonacci yang dikatakan bukan sahaja berada dan wujud dalam bunga, bangunan,k kulit siput dan dahan pokok, malah saya menerangkan bahawa nombor ajaib ini juga sebenarnya digunakan oleh pakar-pakar ekonomi untuk menganalisis ekonomi, membuat bangunan, merancang peperangan dan juga penggunaan dalam muzik. Ini bukan sahaja menarik minat para peserta, malah menjadikan mereka tidak sabar untuk mengetahui perkara seterusnya mengenai nombor fibonacci ini.
Bahagian seterusnya ialah penerangan mengenai aplikasi nombor fibonacci dalam kehidupan yang dikendalikan oleh Muhammad Aizat Lukman. Disini para peserta dibimbing untuk melihat secara lebih meluas antara contoh-contoh yang ada di dalam persekitaran mereka yang mempunyai ciri-ciri nombor fibonacci. Kemudian peserta akan beralih kepada praktikal dimana mereka diberikan bahan maujud seperti buah nenas, siput dan bunga untuk melihat sendiri corak nombor fibonacci. Jika gagal, kami akan membimbing mereka untuk mengenalpasti nombor fibonacci ini. Akhir sekali ialah menguji kefahaman peserta dengan menyediakan 2 permainan yang menarik sekali.
Kami dapat melihat terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan yang sempat saya lihat dari program yang telah kami jalankan ini. Pertama sekali ialah program ini memberikan kami kesedaran bahawa matematik bukanlah sesuatu yang sukar dan bosan kerana matematik ini sebenarnya wujud dalam pelbagai cara dan corak dalam kehidupan kita. Tanpa kita sedar, matematik sebenarnya telah lama mempengaruhi kehidupan seharian kita. Ini bukan sahaja dapat menarik minat kita untuk belajar matematik, malah membantu memahami bahawa matematik itu mudah.
Kelemahan yang di lihat ialah masa yang terlalu singkat diberikan oleh kami untuk menjalankan aktiviti ini menjadikan program ini agak kruang memberikan kesan dan sekadar terdiri dari peserta pelajar matematik juga. Alangkah baik jika peserta yang kami pilih ialah dari opsyen lain seperti bahasa melayu dan muzik kerana ini akan dapat mengubah pandangan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu sukar. Jika mereka tahu yang dalam muzik mereka itu sendiri mempunyai matematik maka pasti mereka akan tertarik dengan keindahan matematik.
Sebagai kesimpulan, banyak input yang telah saya dapat sebelum, semasa dan selepas program ini berjalan. Saya juga telah mendapat pengalaman yang amat berharga bagi diri saya untuk menjadi guru yang baik pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
…………………………………….
(NAMA SAYA)
PISMP MATEMATIK 1
IPG KAMPUS KOTA BHARU

Related Posts

Contoh Refleksi Program Seni dan Kreativiti dalam Matematik
4/ 5
Oleh