Telegram Nota & Soalan

CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN

  • Memastikan semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah.
  • Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.
  • Mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar.
  • Menghormati murid-murid seperti manuasia biasa. Layanan baik yang diberikan akan merapatkan hubungan guru dan murid.
  • Memberi perhatian terhadap perbezaan individu.
  • Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan dengan baik. Perasaan Berjaya dan diiktirafkan akan mengurangkan masalah disiplin.
  • Bersifat adil, tegas dan tekal ketika menyelesaikan masalah disiplin. Guru tidak harus menggunakan ugutan.
  • Berjenaka pada masa yang sesuai.
  • Teknik pengajaran yang berpusatkan guru perlu berubahkepada teknik berpusatkan murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah menarik minat serta menyeronokkan mereka.
  • Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah sesuai dengan kebolehan murid-murid, tidak terlalu susah sehingga dengga mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar langsung.
  • Penggunaan alat bantu mengajar perlu digiatkan oleh guru.
  • Bilangan pelajar harus dikekalkan kepada 35 orang dalam satu kelas.
  • Aras aspirasi bagi setiap murid perlulah realistik. Murid-murid berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid-murid agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukan dengan murid-murid yang lain.
  • Hukuman dera tidak seharusnya digunakan.
  • Cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid. Sesi kaunseling harus dijalankan.
  • Keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai patut diwujudkan.

Related Posts

CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN
4/ 5
Oleh