Telegram Nota & Soalan

Mukaddimah Qalam Sistem Guru Online

 Sistem Guru Online SGO

Sistem Guru Online SGO!! Satu ungkapan yang sangat sinonim dengan guru masa sekarang terutamanya apabila KPM mengumumkan perubahan dasar kurikulum dari KBSR & KBSM kepada KSSR & KSSM yang penuh dengan cabaran.

Tidak cukup dengan cabaran dalam bilik darjah, kini guru KSSR & KSSM diajak melangkah beberapa langkah lagi kedepan untuk menghadapi era sistem online. Dari sinilah, bermulahnya istilah keramat guru online yang dilontarkan oleh kakitangan awam yang lain dan kalangan guru-guru sendiri.

Saya terpanggil untuk membina 1 website iaitu Sistem Guru Online yang setidak-tidaknya dapat membantu serba sedikit rakan-rakan guru lain kerana saya sendiri seorang guru dan memahami kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru dalam sistem online ini.

Sehubungan dengan itu, terciptalah website Sistem Guru Online ini untuk memudahkan semua guru di Malaysia dalam melayari setiap sistem online guru yang ada sekarang terutama PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).

Walaupun saya tidak mampu mengurangkan beban kerja guru menghadapi PBS dan pelbagai sistem online lain, tetapi diharap usaha saya ini setidak-tidaknya mampu memudahkan guru-guru melaksanakan tugas seharian dengan lebih mudah. InsyaAllah

Terima Kasih.

Founder Sistem Guru Online | SGO

Related Posts

Mukaddimah Qalam Sistem Guru Online
4/ 5
Oleh